Sabtu, 10 November 2012

Daging Stik Panggang ....operasi daging korban lagi...

Assalamulaikum ...Hari Aida berexperiment dgn Daging korban Stik bersama kentang Putar utk hidangan t/ari tadi kami sefamilys.....anak2 pun dah mula bercuti..jd lebih seronok makan beramai2..."mcam makan kat restoran lah mama "...Alhamdulillah sedappppp ... sampai jilat jari ..anak2 suka bangettt .... Alhamdulillah dpt juga operasi sendiri di rumah dgn sumber inperasi dari "Mak Google" dan tinjau di beberapa blog , beroperasi sendiir di rumah dapat juga save baget makan pun puas ...klu makan di kedai cuba congak 6 kepala punya pinggan..:)..klu sepinggan mahu rm9..? wallah boleh kaya restoran stik panggang..hahaha .
Jom kita tgk olahan resepinya dan aida cuba adaptasikannya di hujung jari di SRKM ...Jom  kita cuba operasi sendiri dan nikmati seisi familys..pasti layannnn....





Daging Stik Panggang .

Resepi Grilled Steak / goreng .

12 keping daging Steak - saya  ketuk2 / tumbuk bagi urat2nya putus supaya kurang liat . ( sbb family saya ada 6 org seorang 2 keping)....
4 sudu besar sos tiram
1 sudu  besar sos cili atau sos tomato
1 sudu makan lada hitam ( di tumbuk halus)
2 ulas bawang putih ( boleh tambah  jika suka )
* Satukan semua bahan dan lumur pada daging. Simpan dalam petisejuk.  Peraplah semalaman sebelum daging dibakar. tp Aida goreng dgn sedikit minyak .
** Semasa bakar jangan lupa renjiskan dengan sedikit minyak zaitun supaya tidak melekat kerana daging steak tidak banyak lemak.

** sayur2 ikut citrasa . Panaskan air , letak sedikit garam di rebus seketika , toskan dan hidangkan bersama2 daging stik dan sos lada hitam . 



Untuk Sos Perang ( brown sause ) @ Sos lada hitam

1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum - bancuh dgn sedikit air 
2 cawan air 
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
 sos chili - secukup rasa 
 sos lada hitam  secukup rasa - klu tak ada bubuh je 1sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
Sedikit gula - jika suka .
Cara membuatnya
1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.
** Anda boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong jika anda mahu. Aida tak ada stok jd tak letak, klu ada masukan pasti lebih sedapppp.....



Resepi Kentang Putar ( Mashed Potato)

6-8 biji Kentang ( dikopek kulit, di potong dan di rebus hingga empuk)
1 sudu besar butter
1/2 cawan susu cair
sedikit daun bawang  (di potong2)
sedikit lada sulah dan garam
Cara membuatnnya
1. Satukan kentang rebus, butter, garam dan lada sulah kemudian lecek hingga hancur.
2. Masukkan susu cair. Kacau hingga rata. Kalau rasa- rasa terlalu pekat boleh ditambah sedikit lagi susu atau air masak.putar dan gaul bagi rata..
3. Last sekali masukkan daun bawang yang telah dipotong-potang. Gaul rata masuk kan dlm pipping bag dan picit memutar......jadi ke kentang putarrr...hahaha :)
bolehlah di hidangkan....






Akhirnya sambutlah salam sayang dari Aida di SRKM dan  ceria2 selalu sambil menyediakan hidang utk family tersayangg..sampai jumpa lagi muahhh....:) 
Selamat mencuba!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan