Selasa, 28 Ogos 2012

kek Lapis Mocha...coklat , kopi / hijau ,pandan / kuning vanila.... rupa mu....


Assalamulaikum dan selamat Hari Rayaaaa semuaaa ...Hari ni baru bermula pose enam...rasa macam nak operasi kek lapis Mocha je..kek lapis book dah selamat....
Alhamdulillah menjadi juga kek lapis mocha ku ini...dah tak sabar rasanya nak ku bedah dan lihat hasil di dlmnya ...ehemmm menawan dan cantk rupa parasmu...wallah perasannya....hehehe 


 Alhamdulillah ....dpt le jamu kekawan yg dpt beraya dan dpt juga di wat pemanis mulut waktu berbuka nanti...JOm kita skodeng resepinya sumber inperasi dari  DJ....Aida copy dan paste ya....dan megadaptasikannya di blog SRKM ni..muahhhh 10q DJ.....



Kek Lapis Mocha Pandan
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan : loyang 8" x 8"
  • 10 biji telur gred A
  • 500 g mentega berkualiti tinggi (DJ menggunakan mentega SCS) / - aida guna buttercup jee..
  • 300 g tepung hongkong/tepung gandum (diayak)
  • 150 g gula kastor
  • 100 g serbuk horlicks
  • 150 g serikaya
  • 300 g susu pekat manis
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu besar pandan paste (DJ menggunakan brand Kopoe-Kopoe)
  • 1 1/2 sudu besar serbuk koko + 1 sudu makan nescafe atau campuran serbuk koko dan coffee emulco (dibancuh dengan sedikit air panas) - boleh juga campurkan dengan pewarna coklat atau browning sugar
Cara-cara :
  1. Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang. 
  2. Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega bersama susu pekat hingga putih berkrim. 
  3. Satukan adunan telur dan mentega tadi. Sebatikan.
  4. Setelah itu masukkan serikaya dan horlicks. Gaul-gaulkan sebati.
  5. Akhir sekali masukkan tepung. Kacau hingga betul-betul sebati.
  6. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu bahagian dibiarkan kosong dan diberi esen vanilla, satu bahagian lagi diberi pes pandan dan satu lagi dicampurkan dengan bancuhan serbuk koko dan nescafe.
  7. Sediakan loyang yang telah disapu dengan mentega disekelilingnya. Tuangkan adunan coklat terlebih dahulu (anggaran 6 sudu makan atau ikut keselesaan) dan bakar selapis demi selapis dengan menggunakan api atas (suhu antara 170-180C mengikut kepanasan oven masing-masing). 
  8. Setelah habis lapisan coklat, tuangkan pula adunan hijau dan bakarlah lapis demi lapis hingga habis. Dan diikuti pula dengan lapisan kosong. Ulangi proses hingga habis. 
  9. Untuk lapisan terakhir, bakar sekejap dengan menggunakan api atas sehingga keperangan dan barulah dipasangkan api bawah selama 10 minit. 
  10. Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.
  11. Cara-cara menyimpan kek : alaskan dengan kertas serap minyak, balutkan dengan cling wrap dan simpan dalam bekas yg bersesuaian. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.
NOTA :-
  • Gunakan mentega yg berkualiti untuk mendapatkan kek yg lembut dan sedap.
  • Jika takut lapisan kek mudah tertanggal, sila sapukan dengan sedikit jem setiap kali melapis. (DJ x buat).
  • Pandan paste cap Kopoe-Kopoe boleh digantikan dengan Pati Pandan/Pandan Emulco+pewarna hijau tua.
  • Boleh juga menggunakan loyang kek berukuran 9" x 9" atau 10" x 10" jika tak nak kek terlalu tinggi. Ikutlah citarasa masing2.
  • Suhu bergantung pd jenis oven masing2. Sila adjust sendiri. 
  • Sukatan gula boleh dikurang/tambahkan mengikut citarasa sendiri.
  • Dari segi teksturnya, mmg lembut dan sedaaapp!. Lebih lama disimpan semakin lembut dan moist kek ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan