Jumaat, 10 Februari 2012

~~Kueh puteri Ayu ~~ memang AYUuuuuuu :)

Kueh puteri Ayu 1st operasi untuk sarapan Aida sefamily 9/2/2012...Sebenarnya dah lama teringin hendak memcuba beroperasi ada saja halangannya...acuan tak ada lah...kelapa tak ada stok lah..dan dan...huhuhhh..


Sarapan pagi utk hari ini...Alhamdulillah " Sentuhan Kasih Mama " utk kedua kalinya berjaya operasi .....Jom layan Kueh Puteri Ayu ...10q pada Mastura Ibrahim Cik Ra dan Suzila Abdul Rahman....atas perkongsian resepinya....tp Aida tambahkan serbuk baiking powder baru lah nampak kegebuaannya dan "AYU"....hehhe ...ehemmm sedapppppp...:))


~~Kueh puteri Ayu ~~

• 4 biji telor
• 1 cawan gula halus
• 1 sudu ovalette
• 2 cawan tepung gandum
• 1/2 sudu kecil b. powder
• 1/2 cawan santan pekat
• perisa pandan, dan perwarna hijau


• 2 cawan kelapa parut putih*
• 1 sudu besar tepung ubi*
• 1/2 sudu kecil garam*
Cara Cara

1. Pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan ovalette dan pukul lagi sehingga betul2 kembang.
2. Sementara itu ayak tepung bersama baking powder. Masukan tepung berselang seli dengan santan dan pukul lagi sehingga sebati.
3. masukan perisa pandan dan warna hiaju- klu guna daun panda pun boleh ( kisar dan ambil airnya )


~~ Bentuk acuan untuk kueh Puteri Ayu~~



Cara Memasak
- panaskan kukusan
1. Satukan bahan bertanda* (lapisan kelapa) dan gaul sebati.
2. Sapukan sedikit minyak di sekeliling acuan.
3. Isikan inti kelapa dan tekan sehingga sedikit padat kukus 2 minit dan tuang adunan ke dalam bekas acuan.
4. Setelah siap, kukus selama 10 minit, guna api sederhana...kukus jgn lama2 sangat nanti ianya mengecut dan tak cantik......


Tiada ulasan:

Catat Ulasan