Khamis, 16 Februari 2012

~~KEK BATIK BISKUT MARIE.~~wallah sedapppppp.....

Assalamulaikum dan selamat pagi pada semua kekawan yg aida sayangi.....Terasa lama kan aida tak beroperasi dan entri...sebenar nya masa yg kurang mengizinkan untuk aida beroperasi asyik bizi je "berMarathon" dgn urusan seharian dan "berRacing" je mengantar dan mengambil anak2 pergi dan balik dari sekolah...tp hasrat nak beroperasi dan berexperiment sentiasa ada dalam diri.....cuma masa dan masa je yg mencemburinya...


.... Alhamdulillah jadi juga semalam aida mengoperasi kek Batik Marie..lama tak makan macam terasa2 gitu...tu yg berexperiment walaupun time agak KETAT....sibuk bermarathon dan berracing je....rupa tak ada tp rasanya wallah sedappp..jom layannnn....KBBM wat minum ptg...:))
10q pada CMG dan Norazizah Abdul Hamida atas resepinya dan sumber inperasi aida terlaksana ..Maka dapat Aida adaptasikanNya di Blog SRKM ini.....

KEK BATIK BISKUT MARIE.


~~ Ini lah Biskut Tiger Marie yg aida gunakan....

BAHAN-BAHANNYA :-)

250 gram biskut marie, dipatah 4 ( aida guna Biskut Tiger Marie)
125 gram mentega
2 biji telur gred A, dipukul sedikit
3/4 cawan susu pekat manis
1/2 cawan MILO
1 1/2 camca besar penuh serbuk koko
1/4 cawan air
3/4 camca teh esen vanilla
2 cawan tepung gandum - ni aida tambah


CARA MEMBUATNYA :-)

1. Satukan semua bahan2 diatas kecuali biskut marie dan mentega, dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua sebati, tuang dalam kuali, masukkan mentega , tepung gandum dan pasang api pada kadar sederhana..
2. Kacau tanpa henti bancuhan tadi hingga pekat dan kental . Masukkan biskut marie, gaul rata2 sehingga kesemua bahagian biskut tersalut dengan bancuhan. Matikan api.
3. Tuang dalam tin berukuran 4 inci x 8 inci yang telah dialas dengan plastik cling, tekan adunan tadi padat2, klu dah padat pal;ik dgn plastik dan tekan2 padat dan boleh ditaburkan dgn badam cingcang dan coklat urai sebagai hiasan , biarkan seketika hingga hilang wap panas. Dan Simpan dalam peti sejuk 1 jam atau hingga boleh dipotong. Hidangkan.



~~ Hari ini siap di tapau oleh anak2 Abang Along, Angah dan uda bawa pergi sekolah....:))

2 ulasan:

  1. assalam
    memang sedap kek batik mery...yum yum

    BalasPadam
  2. wsalam mama sara : ya betul2..memang yum2..sampai anak2 aida pun tapau bawa ke sek....:))

    BalasPadam