Assalamulaikum..Dunia masakan sangat luas dan tiada penghujungnya..selagi kita berminat belajar ,mahu beroperasi dan berexperiment yang tiada kenal jemu dan putus asa InsyAllah pasti akan memghasilkan satu masakan sangat sedap dan terbaikkk buat yang tersayang..Aku Bangga dengan Air Tangan ku walaupun ianya tidak seberapa...Tanda kasih sayangku buat My Hubby En.Shamsul Nizam dan anak2 yg teristimewa..Tq juga pada kekawan semua.Salam Sayang dan Sejambak Kemesran dari Aida di SRKM..:))
Isnin, 6 Februari 2012
~~Ayam Percik ~~ wallah memang sedappppp !
Hari ini masih bercuti lagi sempena sambutan Maulid Rasul semalam..di kesempatan ni aida cuba operasi Ayam Percik sumber inperasi dari resepi mummy Relaxkejap Ok dan ilham rasa dari Norma Azuwa Zakaria 10q ..wallah memang sedap....Aida skodeng2 resepinya wat makan t/ari aida sefamily utk hari ini 6/2/2012.....Dari kedua resepi tu aida adaptasikan di Blog SRKM terima kasih banyak....jom makan.....Alhamdulillah....memang sedap hingga menjilat jariiiiiii.....
Ayam percik ....
bahan2 rempahnya nya:-
1 ekor ayam-potong2 dan bersihkan - dipanggang - Aida suka gaulkan dgn sedikit garam, serbuk kunyit/ serbuk kari perap kejap dan panggang.
2 btg serai -ketuk
2 helai daun kunyit - aida siat2 je
1/2 sudu makan serbuk kunyit
1 biji kelapa - perah santan (ambil santan pekat)/ 200ml santan pekat@santan kotak harmuni+2cwn air
sdkt air asam jawa(dlm 1sdmkn )-aida masukkan asam keping 1/2 keping je...
1sudu kecil halba
garam dan gula secukupnya
Bahan kisar:-
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
6 tangkai cili kering / 1 sudu cili kisar
2 inci halia
1 inci lengkuas
1sdt jintan manis
1sdt ketumbar
sdkt rempah 3bradik.(1inci kayu manis,1kuntum bunga lawang,5 bji cengkih)
Cara membuatnya:-
-Ayam dikelar2 sedikit lalu dipanggang 3/4 masak.
-Leburkan kesemua bahan2 rempah & bahan2 kisar serta santan kedlm periuk.
-Biarkan kuah pekat & keluar minyak.
-Ambil kuah ini lalu siram ke atas ayam & kemudian panggang lagi sehingga masak —
* panggang ayam ,golekkn ayam td dgn kuah percik yg dh dimasak tadi dan bakar lagi -ulang 2 kali supaya kuah akan meliputi ayam itu nanti... selamat muncuba....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan