Ahad, 15 Januari 2012

~~Talam Suji~~nyummmmm sedapppp !

Hari ini Aida operasi KUEH TALAM SUJI.....wat minum ptg aida sefamily utk hari ini .14/1/2012...kueh talam ni kena tunggu sejuk betul2 baru cantik dipotong tu yg terpaksa berexperiment pepagi ..ptg dah boleh mamam...nyummmm2 dan mablesss sekali....Jom operasi dan jom layannnn .......:))



Aida pun baru 1st mencuba dan makan talam ni Alhamdulillah hemmm sedappppppnya dan lazattt ..lembut dan lemak rasanya ...sebenarnya lama nak operasi baru ni terlaksana ......ada lebihan tepung semolina suji masa wat kek oren suji resepi Mem Besar tempohari.. kang nanti klu dah expert lagi sayanggg....JGN membazir itu amalan syatin kan..kan..
belek belek dan ushar ..godek2 cari resepi talam suji.. Alhamdulillah jumpa skodeng diblog Air Tangan ReeN KhaN..10q reen ....dah berkenan apa lagi berexperimentlah kita ....hehehh


~~Talam Suji ~~

Lapis bawah:
1 1/2 cawan tepung suji
4 cawan santan cair
1 cawan gula pasir (atau untuk citarasa)
sedikit garam
sedikit pewarna kuning

Lapis atas :
4 cawan santan pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula
1 cawan gula merah

Cara:
1. Masukkan semua bahan lapis bawah dalam periuk dan kacau atas api perlahan hingga agak pekat..
2. Masukkan dalam loyang dan ratakan. Kukus 15 – 20 minit
3. Adunkan semua bahan lapis atas.
4. Masakkan sekejap dan tuangkan atas lapis bawah.
5. Kukus lagi selama 20 minit.
6. Sejukkan dan potong.

JOM operasi..Jom menikmati..dan JOm layannnnnn....salam sayang dari Aida di SRKM....

1 ulasan:

  1. wow sedap kan talam suji .. terima kasih kerana sudi mecuba resepi ini

    BalasPadam