Isnin, 16 Januari 2012

~~Kek Labu Manis ~~

KEK LABU MANIS.....Sumber inperasi dari resepi Mat Gebu..tqvm ..sungguh yummiiii lembut dan lembap....wat utk meraikan anak2 yatim semalam sempena 10 muharam di surau ..kebetulan ada lebihan buah labu wat kueh ondeh2 tempohari....1st operasi alhamdulilah berjaya dan sedapppp....jom cuba2 operasi ...:))



BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji telur gred A
1 cawan minyak jagung (nak sedap guna mentega cair)
1 1/2 cawan gula halus
1 camca teh esen vanilla
1/4 camca teh garam
450 g labu, kupas kulit, kukus hingga lembut dan lecek halus
2 1/2 cawan tepung gandum *
1 camca teh soda bicarbinate*
1/2 camca teh baking powder*
1 1/2 camca besar susu tepung*(*digaul rata dan ayak)
KEK LABU MANIS.....Sumber inperasi dari resepi Mat Gebu..tqvm ..sungguh yummiiii lembut dan lembap....wat utk meraikan anak2 yatim semalam sempena 10 muharam di surau



CARA MEMBUATNYA :-)
Lenser bund-pan dengan mentega, tabur tepung sedikit tepung gandum dan ketuk keluar lebihan tepung. Panaskan oven pada suhu 160C (jika anda menggunakan tin bewarna hitam macam dalam gambar tu, kalau tin biasa panaskan pada suhu 175C).
Dalam satu bekas, satukan telur, gula, garam, minyak(@mentega cair), labu manis lecek dan esen vanilla, kacau hingga semua rata dan sebati menggunakan whisk.
Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit ke dalam no 2. Kacau hingga semua sebati dan adunan tidah berbintil2. Tuang dalam tin yang telah disediakan tadi. Bakar selama 50 minit hingga 1 jam. Bergantung pada oven masing2.
Bila kek masak (uji kek dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih tanda kek telah masak) keluarkan dari oven dan biar kan sejuk 10 minit. Keluarkan kek dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan.
Boleh dihidangkan atau nak lagi sedap, simpan semalaman, kek akan menjadi lebih lembap dan lembut...Selamat mencuba untuk semua...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan