Jumaat, 27 Januari 2012

Brokoli Udang dengan sos Tiram....

Hidangan Aida utk t/ari ni 27/1/2011 simple je ..hari jumaat semuanya nak cepat...Ikan Bawal Emas Goreng rempah , sambal udang dan sayur brokoli goreng sos Tiram..ehemmmmm jadi lah..alhamdullilah ..Racing ambil anak2 balik sekolah jap dan makan sama2 sebelum pi solat Jumaat, sek ugama dan klas tambahan.....



~~Brokoli Udang dengan sos Tiram...

1 pokok brokoli saiz kecil
6 ekor udang
1 keping dada ayam ( potong kecil2 )
2 ulas bawang putih ( di ketuk/tumbuk )
4 biji cili api ( di ketuk/ditumbuk )
1/2 biji bawang besar
2 – 4 sudu makan penuh sos tiram
1 sudu makan sos cili


Cara Penyediaan

1. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili api hingga wangi.
2. Kemudian masukkan semua sos2, isi ayam dan sedikit air untuk kuah.
3. Masak hingga ayam empuk kemudian masukkan udang dan brokoli.
4. Tutup sebentar kemudian kacau, barulah diangkat utk dihidangkan.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan