Isnin, 16 Januari 2012

~~Sambal Tumis Udang~~

Assalamulaikum dan salam sejehtera wat semua...sebenarnya ni dah beberapa hari tertangguh nak wat entrinya ......semua org pandai wat kan...dah terlanjur beroperasi tu aida adaptasikan juga lah di SRKM ni..wat penyedap selera ...dan salah satu menu hidangan t/ari aida ....


~~Sambal Tumis udang ~~

BAHAN-BAHANNYA :-)
20 ekor udang saiz besar, buang kulit dan tinggalkan ekornya, cuci dan toskan
1 biji bawang besar, hiris kasar
1/2 cawan jus asam jawa (atau ikut rasa)
3/4 cawan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa (@serbuk perasa)

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
1.Panaskan minyak dalam kuali, tumis cili kisar hingga garing, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan jus asam jawa. Tambah garam secukup rasa dan gula. Masak hingga pekat.
2.Tambah udang dan bawang hiris, masak hingga udang masak dan bawang lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan apa2 yang anda rasa sesuai...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan