Isnin, 18 Mac 2013

Kek Russian Black And White cake...Sempena Bithday Abg Uda Danial...

kek Russian Black n white telah selamat dipotong.....kek Russian Black n White... berexperiment sempena bithday abg uda ShahDianal 18/3/2013...permata aida yg ke-3 ...penuh berkrim dan sungguh moist...Alhamdulillah.....




kek Russian Black n White...berexperiment sempena bithday abg uda ShahDianal yang ke 10 tahun...18/3/2013...permata aida yg ke-3 ..Semoga abg uda menjadi anak yang soleh di dunia dan diakhirat serta berjaya dlm pelajaran hendaknya..aminnnn... 

MOIST CAKE WIF CHEESE+CHOC MOUSE FILLING (kek ala2 russian black and white cake)
 
Sumber inperasi   daripada  suhaida mohaini http://suhaidamohaini.blogspot.com/2012/04/moist-cake-wif-cheesechoc-mouse-filling.html.....terima kasih sue.....muahhhh :)
Watnya senang je..boleh guna mana2 resepi kek coklat.....sama ada versi kukus @ pun versi yg dibakar....sungguh moist, penuh berkrim dan pastinya sungguh nyummmmm2......
Jom kita semak resepinya..Jom cuba berexperiment dan Jom nikmatinya......wallah Alhamdullillah.....

KEK CHOC MOIST KUKUS
By: Pn. Munira Baharum

Bahan A
1 cwn gula pasir (3/4 cwn)
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
1 cwn susu pekat (3/4 cwn)
1 cwn minyak masak
Kesemua bahan -bahan di atas di satukan. Masukkan dalam periuk dan masak atas api perlahan, sentiasa kacau. Bila ia dah licin matikan api dan rehatkan.

Bahan B
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonat
1 sudu teh baking powder  
Kesemua bahan diatas disatukan, kemudian di ayak

Bahan C  
4 biji telur ~ diblender

Cara2 :
**Panaskan kukusan (saya  bakar je ) 
Sediakan loyang 8 inc, sapukan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper ~ ketepikan 

klu guna keadah kukus ,Panaskan loyang dalam kukusan terlebih dahulu.
  
Masukkan bahan B dan bahan C kedalam bahan A, secara berselang seli. Mulakan dengan bahan B dan akhiri dengan bahan B ~ B, C, B, C, B .Kacau sebati, guna spatula aje. 
Tuangkan adunan dalam loyang .Tutup loyang dengan aluminium foil 
Kukus adunan selama 1 jam atau sehingga kek dimasak dengan sempurna. 
Bila kek dah masak, biarkan kek sejuk sekejap dalam 15 minit, kemudian terbalikkan loyang atas redai untuk keluarkan kek. 
Biarkan kek betul-betul sejuk sebelum kita potong kek kepada 4 kepingan.

CHOCOLATE GANACHE
Bahan2 :
100ml double cream/ whipping cream
250gm coklat gelap dicincang halus
sedikit garam
1 sudu teh gelatin ~ Halal Jel
50 ml air

Cara2 :
Taburkan gelatin Halal Jel dalam 50 ml air. Biarkan ia kembang
Kemudian panaskan cara double boiler hingga gelatin larut ~ ketepikan
Double boil cream jangan sampai mendidih, tambah coklat & sedikit garam, kacau rata.
Bila semua sudah cair tambahkan gelatin tadi. Kacau rata
Angkat dan sejukkan
Bila dah sejuk masukkan dalam piping bag dan simpan dalam peti ais hingga ia mengeras sedikit.
Ganache ni kita kena buat 2 adunan. Satu adunan kita letak gelatin dan satu lagi tak perlu. Yang tak perlu kita ketak gelatin tu kita buat setelah kek kita siap kita sapukan dengan cream cheese frosting dan selepas cream cheese mengeras. 

Sekarang kita sediakan pula Cream Cheese Frosting. Sebeluam kita buat cream cheese frosting, cheese dan butter tu kita kena keluarkan awal dari peti ais. Biarkan kedua-dua bahan ini berada pada suhu bilik.


CREAM CHEESE FROSTING

Bahan2 :
125gm Philadelphia cream cheese - aida guna tatura
60gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 sdt vanila ekstrak
1 sudu kecil jus daripada lemon

Cara2 :
Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising, pewarna dan jus lemon.
Masukkan adunan dalam piping bag dan simpan dalam peti ais hingga ia sedikit mengeras.

STEP BY STEP utk melapis kek ....

Bila kesemua bahan telah siap kita mulakan pula proses untuk melapis kek.....


-Kek tadi kita potong pada 4 kepingan yang sama besar. Buangkan lapisan permukaan kek yang keras.
-Letakkan sekeping kek atas lapik kek
-Letakkan cream cheese di tengah-tengah kek bentuk bulatan ukuran sebesar duit siling 50 sen. Kemudian letakkan pula ganache coklat di sekeliling cream cheese tadi dalam bentuk lingkaran. Buat kaedah ini sehingga habis secara berselang seli macam dalam gambar.
-Setelah habis selapis, masukkan semula dalam peti ais sekejap dalam 10 minit, kemudian keluarkan dan letakkan pula lapisan kek yang kedua. Dengan kaedah yang sama cuma kali ini lapisan bulatan siling 50 sen ditengah ditukar pada ganache coklat pula. Buat kaedah yang sama hingga habis. Kemudian simpan semula dalam peti ais anggaran 10 minit.

-Keluarkan dan mulakan pula lapisan pada kepingan yang ke tiga, cara dan kaedahnya sama seperti kepingan yang pertama.
-Setelah siap kita letakkan lapisan yang terakhir dan salutkan keseluruhan kek dengan cream cheese tadi. Simpan dalam peti ais sehingga cream cheese yang tersalut pada permukaan kek mengeras.
-Sementara kita menunggu cream cheese mengeras kita sediakan ganache coklat untuk salut permukaan luar kek. Kaedah yang sama seperti resepi ganache di atas cuma kali ni tak perlu letak gelatin.
-Kek yang dah siap tadi kita letakkan atas redai untuk proses meletakkan ganache. Alas bawah redai dengan loyang supaya bila kita tuang ganache baki ganache akan jatuh ke dalam loyang.
-Curahkan ganache dari tengah dan biarkan ganache meleleh turun ke sisi. Jangan ratakan permukaan kek ye biar ia rata sendiri. Cuma perlu sendeng-sendengkan loyang sahaja .
-Kemaskan kek dan simpan semula dalam peti ais hingga ganache mengeras.
-Hiaslah kek mengikut kreativiti masing-masing.



Akhirnya sambutlah salam penuh kemesraan dari Aida di SRKM..muahhhhhh2 ..sampai jumpa lagi.....:))

Isnin, 4 Mac 2013

Roti Goreng Butter....wat sarapan pagi.....



JOm Sarapan pagi ...." dengan Roti Goreng Butter"...agak2 kering idea.. dengan roti @ ada lebihan roti yg belom expiratttt date jgn di buang....sayang tau...membazir itu amalan syaitan..apa kata kita operasi " ROTI GORENG BUTTER "..operasinya pun mudah dan cepat jee bubuh lah dgn rencah apa2 yg kita suka,isi ayam ke @ udang ke..tapi telur jgn lupa anak2 pasti suka...:)



~~Roti Goreng Butter~~
Bahan nya
6 sudu makan penuh butter
...12 -15 keping roti gardenia(dipotong/gunting 4-6)
500gm udang sederhana dikopek kulit nya, cuci bersih, dan ditos kan.
2 keping dada ayam - aida tambah
2 tangkai daun kari

4 ulas bawang putih dicincang halus
1 labu bawang besar, dihiris/mayang halus
2 batang lada merah, buang biji nya dan dihiris serong
3 biji telor dipukul sebentar(macam nak buat telor dadar)

Cara nya
-Masuk kan butter/mentega kedalam kuali,lalu tumis kan daun kari, diikuti dngn bawang putih dan bawang besar. Gaul hingga wangi. 

-Kemudian,masukkan isi ayam , udang dan cili merah. gaul gaul hingga isi ayam dan udang masak dan bertukar warna. 
-Masokkan roti yg sudah di potong. Dan akhir sekali, masukkan telor yg sudah di pukul / cocok2 dgn garpu je  tadi..gaul , gaulbiar rata dan telor masak sepenuh nya..bubuh sedikit garam, dan rasa lah..hidangkan sesudah dimasak..enak dimakan begitu sahaja atau bersama sos cili :))))




** GENDANG GENDUT TALI KECAPI....KENYANG PERUT SUKA HATI.....LAYANNNN....**

Ahad, 3 Mac 2013

"Roti Aiskrim Goreng "....perahhhh memang sedap dan layannnnnn....nyummmm2...:)

Alhamdulillah  operasi Roti aiskrim utk kudapan dan penyaman tekak di kala cuaca panas......watnya cepat je ..tp gorengnya  esok ok ...bagi keras dulu ..kita bertapakan  ianya dalam i/box.....:)
"Roti Aiskrim Goreng "....perahhhh memang sedap dan layannnnnn....nyummmm2...:)
Bahan2 utamanya mesti ada roti keping dan aiskrim....itu saja mudah kan....:))

 Tertawan tak?...Pasti klu tgk ni air telan air liur...tangkap leleh lah.....

 "Roti Aiskrim Goreng "....perahhhh memang sedap dan layannnnnn....nyummmm2...:)


 Ambil sekeping roti..letak aiskrim kat tgh2..pastikan aiskrim dlm keadaan keras x cair ok..kemudian tindih dengan   sekeping lagi roti kat atas....ambik cawan tekan dan tekap bagi bulat kat tgh2..siap....rotikan lembab,jadi bila kita tekap tepi2 tu lekat elok la..


 Dah siap terap segera bertapakan ia dalam i/box.. frozenkan dulu ..kalau buat mlm,esok dah boleh digoreng . nak difrozen pun boleh ..bila2teringin nak makan ....Goreng je...pastikan minyak  betul2 panas tau  ...goreng  balik2 kan kejap je dan angkat dan toskan....


 Seelok2nya lepas digoreg terus dimakan..klu tak kang abis mencair.....aiskrim le katakan intinya.... klu tak abis dimakan  boleh je masuk dlm i/box dibertapakan ....sejuk2 lagi nyummmmm2....:))



"Laksa Johor"....rindu dgn emak dan masakannya dikg ( JOHOR)


"Laksa Johor"....rindu dgn emak dan masakannya dikg ( JOHOR)....pagi ni aida beropersi di dapur sendiri dan jom nikmatinya Laksa Johor seisi keluarga....layannnn.....perahhh slurpppp2 dgn sambal belacan penambah perisa dan selera.....:))Alhamdulillah....


Pepagi dah beropersi di dapur dgn Laksa Johor , sepatutnya makan dgn spageti ..derhaka sikit guna laksa basah panjang ....sebelum pi tgk anak kat asrama kita slurp2 dulu....Alhamdulillah....
Tidak ketinggalan bekalkan juga laksa utk angah merasa di asrama nanti .....:))


Laksa Johor;
1paket spageti-direbus dn dicampur sdkt myk-rebus smpai lembut dn di toskan.

1/2kg ikan kembong/tenggiri*
50g udang basah*- saya tak bubuh tak ada stok
segengam udang kering*
beberapa keping isi ikan kuran masin*
*bahan bertanda *-direbus bersama dn dibuang tulang
-isi ikan,udang,udang kering,isi ikan kurau -dikisar bersama air rebusan ikan dn udang tadi.

bahan utk menumis,
5-7tangkai cili kering*
2biji bwg besar*
1biji bawang putih*
1inci halia*
1 inci lengkuas*
1inci kunyit hidup*
1btg serai-diketuk
2keping asam keping
1paket kecil rempah kari ikan - saya letak 3 sudu besar rempah kari
2 sd bsr kerisek
1 kotak santan(200ml)
garam dan gula secukupnya.
-kisar semua bahan2 bertanda *
- air secukupnya 
- bungak kantan dan daun kesum -
caranya
-tumis semua bhn2 kisar dn seraidgn sedikit myk hingga wangi...
-mskk,mskkn rempah kari -kacau lagi,mskk asam keping
-mskkn ikan2 dan udang dikisar tadi-kacau sebati.
-mskkn santan....tunggu hingga mendidih mskkn kerisek...mskkn lagi 2 cwn air...mskkan gula dn garam...msk dgn api kecil sampai pekat...
-lagi lama msk lagi tahan dn rasanya lg sedap...

bahan2 tambahan
sambal belacan.
1ulas bawang kecik
3-4biji cili merah
5-6biji cili padi
1inci belacan bakar
sdkit garam dn gula
-kisar semua bhn2 diatas dgn sdkit air asam jawa..

dimakan bersama,
timun -dihiris halus
bunga kantan-dihiris halus
taugeh-buang ekornya
bawang besar0dihiris halus
limau kasturi-dibelah 2
daun kesom/daun selasih-dicubit2 halus/digunting halus



Sabtu, 2 Mac 2013

Tiramisu lady fingers....Tiramisu dioperasi lagi....nyummmmm2...

InsyAllah esok nak pi tengok anakanda Syafiq HR di asrama....Outing Time....Alhamdulillah Tiramisu lady fingers untuk angah ready dioperasi mlm ni ...standby.....sementara menanti esok kita bertapa dulu dalam i/box...:)...nyumm2



Biskut Biskut Lady Fingers ....ronda2 di kedai bakery tadi.....sedapnya klu operasi Tiramisu.....:)


~~Tiramisu lady fingers~~~
Bahan-bahan ( 6-8 orang )
sebungkus biskut tiramisu/sponge fingers/boudoir
250g cream cheese
250g whipping cream
150g gula (boleh kurang atau tambah ikut suka manis)
satu cawan bancuhan air nescafe (tanpa gula)
serbok koko /cokolat utk hiasan - saya bubuh milo

Cara-cara:


satukan cream cheese+whipping cream+gula dan pukul hingga kembang dan kental...


Celupkan biskut ke dalam bancuhan nescafe dan susun dalam bekas 


Setelah itu letakkan satu lapisan bancuhan yang telah dipukul tadi ke atas biskut dengan rata.....tabur koko... Ulang proses ini sehingga menjadi tiga lapisan. (gambar di atas cuma 2 lapisan je tau tu...)..guna bekas comel2....:))


Bila semua bancuhan telah habis dan bahagian atas disapu rata, bolehlah ditutup dan disimpan dalam peti ais. Hias kan dengan taburan koko/coklat ...taburan di atasnya ikut suka jeee ...


** Sungguh nyummmm dan nikmat bila dimakan sejuk2 seakan makan aiskrim guna sudu ya......lebih2 lagi dlm cuaca yg panas..perahhhh layannnn.....salam sayang dari aida di SRKM.....:))


"Sayur Sawi Bersimbah Kuah"....cepat , mudah dan semestinya sedapppp....

Alhamdulillah ...jadi juga saya operasi sayur "sawi Jepun bersimbah kuah" yg simple, senang dan cepat ...semestinya sedappp..10q abah Ustaz Abdullah Mahmod sumber inperasi dan idea resepinya.....layan hidang t/ari saya ....:)

"sawi bersimbah kuah"...lauk 2 ni 1....bestttt !!

-Sayur sawi jepun
- dada ayam
- sos tiram
-bawang putih
-cili padi - saya tambah
-cendawan tiram - saya tambah
- udang sedang - saya tak bubuh tak ada stok
-garam dan gula secukupnya
 - tepung jagung utk pekatkan kuah -jika perlu
- sikit minyak utk menumis

caranya :)
celur daun sawi jepun sehelai sehelai then susun dlm pinggan
ketuk 1 labu bawang putih n cincang pastu tumis biar kuning
masukkan 2 sudu sos tiram - nak kuah lebih bubuh lebih 
kalau suka masukkan setengah sudu kecl t/jagung
masukkan hirisan nipis ayam bahagian dada shj
masukkan udang (nak buh assesori yg lain2 terpulang)
masukkan garam n gula
masukkan sedikit shj air n kacau rata hingga masak
pastu bolehlah main simbah2 atas sawi yg di celur tadi...
tu saja senang kan..




** Hidangkan bersama nasi  putih hangat dan terus dimakan panas2 perahhhhh..sedapppp !!...
Tidak ketingalan lauk pebrettt family saya ayam ungkap.....


"Ayam masak Ungkap" lauk hidangan t/ari saya 2/3/13 ....dah isi dadanya saya wat rencah dlm sayur sawi Jepun bersimbah kuah....bahagian bertulang saya wat lauk ungkap ....lauk pebrettttt sefamily....Alhamdulillah....:)

Ahad, 10 Februari 2013

~~CHOCOLATE INDULGENCEC ~~kek Hari Lahirku....Alhamdulillah....

Alhamdulillah...9/2/2013 Syukur keHadrat ilah yg masih dipinjamkan umur utk terus bernafas dan menikmati hari2 yg mendatang dgn family tercinta ,orang2 yang tersayang dan kekawan yg budiman ..dipanjatkan doa restu juga semoga kebahagiaan sentiasa menjadi milik ku hingga ke Mahligai syurga dan mendapat berkat dan rahmat dariNYA selamanya.....terima kasih dan muahhhh2 wat semua yg sama2 mendoakan kesejehteraan Aida dan family....semoga kita semua akan berjaya DI DUNIA DAN DI AKHIRAT HENDAKNYA....dan g.luck !!...aminnnn

"SEJAMBAK KEMESRAAN DAN SALAM SAYANG DARI AIDA DI SENTUHAN RASA KASIH MAMA"...


Chocolate Indulgence


Alhamdulillah....Experiment Chocolate Indulgence....berakhir 4th step: Topping Ganache baru selesai.....syukur Alhamdulillah... nampak sempurna....kek yg memerlukan kesabaran yg tinggi untuk mendapatkan hasil yg sempurna....terima kasih kepada kekawan yg sudi berkongsi resepi ini terutama pada puteri manja , kak Azlita dan kak zuraini....sumber inperasi ku menjadi kenyataan....Dan dpt Aida menadaptasikannya di blog SRKM ini ....Jom kita tgk experimentnya....experimentnya agak panjang ...study betul2 ....Jom cuba operasi dan Jom layan ..... 

Jom kita Berexperiment  dengan kek Chocolate Indulgence ...sungguh nikmatt !!...Wallah...:)

INFO PENTING YERR...MULA2 SEKALI KITA BUAT FILLING MOUSSE COKLAT PUTIH SEHARI SEBELUM KITA BUAT KEKNYA....SBB COKLAT PUTIH KENA SIMPAN LAM PETI SEJUK SEKURANG2NYA SEHARI LAH LEBIH BAIK....PLS TAKE NOTE YERR....




1st step :
Filling Mousse Coklat Putih :
200gm coklat masakan putih
100ml susu segar UHT
2 kuning telur (di pukul dahulu)
2 putih telur (di putar hingga kembang)
60gm gula kastor
250ml Anchor whipping cream (tawar) - di pukul hingga pekat
2 tbsp gelatin
50ml air


cara : Mousse Coklat Putih
1. Rendam gelatin dan air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan.
2. Cairkan coklat masakan putih secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam adunan coklat cair diikuti gelatin cair, gaul hingga sebati. Angkat.
3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaup balik ke dalam adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan susu cair dan whipping cream yang diputar. Gaul hingga rata.
4. Masukkan mousse ke dalam peti sejuk selama 4 jam sehingga beku. Kemudian keluarkan dan pukul dengan whisk menggunakan high speed hingga pekat dan bertanduk. 

 ** Seeloknya mousse coklat putih di buat sehari lebih awal. *** dan di simpan di dalam peti sejuk. Apabila hendak di gunakan, whisk semula hingga kembang baru di sapu ke atas kek.


ehem2...Operasi Chocolate Indulgence ....1st step: Mousse Coklat Putih dah siap....bertapa dulu dlm i/box sehari...sabar je leee...sambil menanti aida godak2 le dulu tepung nak wat kek span @ chiffon ke namanya ....Alhamdulillah..menjadi dgn sempurna....Operasi bersambung esok..tunggu step selanjutnya......heheh :)


2nd step: kita wat Chocolate Chiffon pula... 
sumber resepi dari JOM MASAK 10q.....:) (aida guna resepi ni sbb guna telur kecil...hasilnya pun memuaskan....



Bahan A
30gm serbuk koko (larutkan dgn 120ml air suam)
6 biji kuning telur (telur diasing putih dan kuning)
190gm tepung naik sendiri *
1 tsp baking powder *
1 tsp soda bicarbonate *
 ** ayak bahan yg bertanda...

150gm gula kastor
90ml mentega (dicairkan)/minyak jagung
1 tsp esen vanila

Bahan B
6 biji putih telur
65g gula kastor 
1/4 tsp cream of tartar- aida tak letak ...

Cara-cara:)
1. Panaskan oven pada suhu 180C. Satukan bahan A dan pukul hingga kembang menggunakan high speed.
2. Di dalam mangkuk lain pukul bahan B (putih telur) hingga kental guna high speed.
3. Satukan bahan A ke dalam bahan B secara kaup balik. Tuang ke dalam loyang 9" dan bakar selama 40 minit atau hingga masak... ( aida guna loyang 7'' )
4. Angkat dari loyang dan telengkupkan kek di atas redai biarkan betul-betul sejuk baru di potong kepada 4 lapisan.



sementara menanti kita potong dulu kek chiffon  kepada 4 keping.....Standby  kek untuk di make-up pula .. A'hah :)



3rd step :Filling  Mousse Coklat Hitam :
200gm chocolate masakan hitam
2 kuning telur (di pukul dahulu)
2 putih telur (di putar hingga kembang)
60gm gula kastor
1/2 tbsp mentega
250ml Anchor whipping cream (tawar) - di pukul hingga pekat
1 1/2 tbsp gelatin
50ml air
simpan sedikit adunan untuk di sapu tipis kepada kek)

Cara-cara :1. Rendam gelatin dgn air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan

2. Cairkan coklat masakan secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam adunan coklat cair diikuti mentega dan gelatin cair, gaul hingga sebati. Angkat.

3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaup balik ke dalam adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan whipping cream yang diputar, gaul hingga rata.

4. mousse yg dah siap...simpan dlm peti sejuk 15min...sblm layer pada kek






 Mousse Coklat Hitam dah ready ...bertapakan dulu ianya dlm i/box lebih kurang 15-20 minit....sabar je lah.....


4 th step :Topping Coklat Ganache:)


150ml Anchor whipping cream (tawar)
350gm coklat masakan hitam
1 tbsp mentega cair
(Masak secara double boiler, panaskan whipping cream *** hingga berbuih di tepi periuk, masukkan coklat dan mentega, kacau hingga cair dan tuang ke atas kek)

*** Hiasan : Untuk piping coklat ganache di atas kek, sejukkan dahulu coklat di dalam peti sejuk selama 4 jam. Keluarkan dari peti sejuk dan kacau dengan hand whisk hingga rata, masukkan ke dalam piping bag dengan nozzle pilihan dan pipe di atas kek atau di tepinya. Setelah siap masukkan kembali kek yang di hias dengan coklat ke dalam peti sejuk.

*** Untuk mendapatkan coklat ganache yang lebih keras tambahkan sukatan coklat masakan lagi banyak lagi pekat teksturnya dan sesuai untuk membuat bunga atau border.

5th Step:Cara-cara melapis dan make-up kek :

. Potong chiffon kek kepada 4 lapisan.
2. Lapisan Pertama : Letak kek ke dalam loyang 9" (loose base tin). Tuang mousse coklat putih di atasnya dan ratakan.
3. Lapisan Kedua : Letak kek di atas lapisan pertama, tuang mousse coklat hitam di atasnya dan ratakan.
4. Lapisan Ketiga : Letak kek di atas lapisan kedua, tuang baki mousse coklat putih dan ratakan.
5. Untuk lapisan terakhir, letak kek di atas lapisan ketiga dan simpan di dalam peti sejuk semalaman.
6. Keluarkan kek dari acuan, sapu tipis dengan mousse coklat hitam keseluruh kek dan simpan sekejap di dalam peti sejuk hingga beku.
7. Letak cake di atas wire rack dan tuang topping coklat ganache, biar coklat mengeras baru di hias.
8. Potong menggunakan pisau yang direndam di dalam air panas, lap dan potong kek.




Alhamdulillah....Experiment Chocolate Indulgence....berakhir ..make-up dan  Topping Ganache baru selesai.....syukur Alhamdulillah....luarnya nampak sempurna...bertapakan dlm i/box lagi untuk beberapa jam baru dibedah ,kita  tgk keadaan dlmnya apa kabar??....Sabar lagi ....



kek Chocolate Indulgence....berbaloi experimentnya... sabar menanti hampir 3 hari operasinya..baru dapat menikmatinya  ....nyot2 rasanya dan sungguh nikmatttt !!..perahhh !!




sepotong kek Chocolate Indulgence.. makan hingga menjilat jari....kayo dgn coklat berkrim....:)