Ahad, 29 Julai 2012

JOM Cuba2 Experiment operasi Karipap Pusing .....Wat jgn sampai kepala yg pusing....heheh..




JOM cuba2 Experiment operasi Karipap Pusing .....Wat jgn sampai kepala yg berpusing....heheh..Hari ini cuba experiment lagi ...operasi karipap pusing.....ni gara2 kes karipap pusing yg tak berapa nak pusing semalam......macam ada peningkatan sikit dan masih banyak perlu di pelajari cara dan tekniknya.....masih study lagi .....Alhamdulillah...






Doh minyak / biasa dan Doh majerin .....




karipap Pusing :  sumber inperasi dari Nazian Nasir 10q yan ....

bahan2nya;
(doh minyak / Biasa )
300gm tepung gandum
secubit garam
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan air suam - klu kurang boleh tambah lagi 


*campurkan garam kedlm tepung,curahkan minyak masak dan gaul mesra tepung dengan hujung jari....sampai rupa agak peroi gitu...sedikit demi sedikit masukkan air sambil tangan terus menguli sehingga mendapat doh yg tidak melekit ditangan.Aida bahagikan kepada 5 dan bulat2 ..ketepikan .

(doh marjerin)
150 gm tepung gandum
100 gm marjerin
gaulkan kesemuanya sehingga mendapat doh yg tidak melekit ditangan.Ini juga aida bahagikan kepada 5 dan bulat2 kan..



* Ambil doh biasa dan canaikan sedikit(jgn besar sangat) dan letakkan doh marjerin diatasnya dan balut semula.wat semua sampai abis dan simpan doh dlm plastik supaya tak kering.

* Ambil doh yg dijadikan satu tersebut dan terap/canai hingga nipis (saiz spt saiz roti canai).Belah tengah dan ambil satu bahagian kemudian gulung spt menggulung tikar.

* Kemudian dpt 2 doh gulungan tikar dan canaikan/terap lagi dlm keadaan melonjong hingga nipis dan berhati2 semasa mencanai ini.
* Biarkan bentuknya lonjong kemudian gulung semula spt gulungan tikar dan terapkan (proses menggulung sebanyak 2 kali).


* Doh yg digulung kali kedua kemudian dipotong mengikut ketebalan yg dikehendaki.Setelah itu canaikan semula (spt cara membuat karipap biasa). masukan inti , picit tepi2nya dan gunting mana2 yg ada lebih trim bentuk karipap biar nampak cantikkk ...kemudian kelim kemas.... 








Dah siap boleh di goreng dgn minyak yg banyak ..api sederhana..klu nak frozenkan bakar kejap dlm oven dlm 8-10 minit ..tunggu sejuk packing dan bertapakan dlm i/box...terjerak hati nak makan kipap pusing  senang dah ada tinggal panaskan kuali jeee......






2 ulasan:

  1. salam samida.salam kenal.

    K.atie minta izin copy resepi ikan cencaru bakar perencah homemade ya.Halalkn..

    Terima kasih

    BalasPadam