Selasa, 10 Julai 2012

Kueh Bijan a.k.a. Kueh Bom !.....



Hari ni operasi lagi kueh BOM !....semalam operasi meletup2 masa mengoreng... rupanya pun kecut je bila dah sejuk ....heheh
Alhamdulillah ari ni elok je kejadiaannya..tak meletup2 dan x pstttttttt2 dlm kuali....10q Yusnizah Mohd Bachalan bagi tip2 mlm tadi....operasi  buat sarapan utk  anak sebelum pi dan my hubby sebelum pi kerja...

Kueh Bijan  a.k.a. Kueh Bom..
sumber resepi dari My Resepi 10q empuya resepi ini....kerana sudi berkongsi kueh yg menjadi pebretttt saya...

Bahan-bahan ( 10-11 biji )

  • 50-60gm bijan
  • Minyak utk mengoreng
  • Bahan-bahan doh:
  • 200-240gm tepung pulut
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu teh air kapur
  • 190-200ml air
  • Sedikit garam
  • Bahan-bahan inti kelapa:
  • 60g gula melaka/gula merah
  • 20g gula pasir
  • 50ml air
  • 1/2 biji kelapa parut
  • isi durian - aida tambah 
  • 1 sudu tepung ubi / jagung utk inti jadi kental ...ini pun saya tambah...

Cara-cara

  1. Jerang gula melaka/merah, gula pasir dan air hingga larut
  2. Tapiskan ke dalam kuali kemudian masukkan kelapa parut
  3.  Kacau atas api sederhana . masukan bancuhan tepung ubi / jagung  , kacau hingga inti agak kering
  4. Dalam mangkuk besar, gaul tepung pulut, tepung gandum dan garam
  5. Masukkan air kapur dan sedikit demi sedikit air uli menjadi doh
  6. Ambik sedikit doh, bentukkan bebola dan leperkan sedikit
  7.  Bubuh inti ditengahnya dan tangkupkan semula
  8.  Golek bebola dengan bijan supaya elok melekat
  9. Masukkan minyak yg banyak dalam kuali dan gorengkanlah kuih bom hingga kekuningan
  10. Dan siap untuk dimakan
  11. ***Petua utk kuih bom tak meletup dan tak merekah:1. Minyak mesti banyak biar kuih bom terendam. 2. Minyak jgn terlalu panas dan gunakan api yg sederhana / kecil saja . 3. Jgn menggoreng terlalu lama. 4. sementara tunggu minyak panas ,biarkan sekejap dan goreng selepas siap dibuat.
  12. tazah ani pun bagi tip letak gula sikit pada tepung utk elakkan ianya dari meletup....10q tazah ani....nnati aida cuba ya.....dah siap baru tahu..heheh 
  13. Foto: Pepagi operasi kueh Bijan @ kueh BOM! wat sarapannn...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan