Assalamulaikum aida ucapakan kepada pengunjung2 " sentuha Rasa Kasih Mama " ..Alhamdulillah menjadi juga ari ini aida operasi cupcakes si comel gebu ..selembut kapas .." HOKKAIDO CHIFON CUPCAKES"...10q aida ucapkan pada sahabat aida cha Sasha Rahmat atas perkongsian resepinya dan sue Suhaida Mohaini yg telah berjaya "Mengoda2" keinginan aida ingin mencuba berexperimentt....muahhhh2..:) ..kekawan yg lain apa lagi jom try operasi pasti tak menyesalll....Rasanya Wallahhhh.....nyot2 je masuk ke dlm muluttt....ehemmmm lembuttt selembut kapas..jap je dah licin....
Mula2 aida operasi wat satu adunan ....lepas bermarathon kat dapur wat makan t/ari selesai aida pukul lagi seadunan ..alhamdulillah dapat le bagi rasa kat jiran2 sebelah menyebelah....
seronok bila tengok 1st operasi berjaya...dan anak2 serta hubby pun suka ....
JOm tgk resepinya ..jom operasi dan jom layan.....Salam sayang dari aida di SRKM....:))
HOKKAIDO CHIFON CUPCAKES
Bahan2nyaJ
4 biji kuning telur
30 gm gula caster
1 sudu kecil esen
vanila
40 ml susu segar
40 ml minyak canola ~
minyak makan pun boleh
55 gm tepung cake
20 gm tepung kastard
1 sudu kecil baking
powder
4 biji putih telur
1/4 sudu kecil garam
caranya : )
-Panaskan oven pada
suhu 170 C ,Sediakan 8 biji ramekins bersaiz besar
Atau boleh juga guna mangkuk kertas cup cake yang keras
Atau boleh juga gunakan cawan muffin
Atau boleh juga guna mangkuk kertas cup cake yang keras
Atau boleh juga gunakan cawan muffin
-Satukan tepung, tepung
kastard dan baking powder. Kemudian di ayak 3 kali
-Pukul kuning telur dan
gula menggunakan whisk aje .
-Tambahkan vanila, susu
dan minyak dan pukul rata.Masukkan bahan yang telah di ayak tadi dan gaul rata
-Dalam bekas lain ~
pastikan bekas berkeadaaan kering
Pukul putih telur dan
garam hingga berbuih.
-Tambahkan 80 gm gula
sedikit sedikit dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental
dan kaku (soft peaks)
-Ambil 1/3 adunan putih
telur dan masukkan dalam adunan tepung.Gaul rata dgn menggunakan kaedah kaup
balik.
-Kemudian masukkan baki
adunan dan gaul hingga sempurna dengan kaedah yang sama
-Tuangkan adunan dalam
ramekins atau cawan kertas anggaran 80% @ 3/4 penuh
-Hentakkan sedikit
bekas ramekins utk mengurangkan gelembung udara pada kek
-Masukkan dalam oven
dan bakar selama 25-30 minit
-Keluarkan dari oven
bila kek masak ,Hentakkan bekas
remakins sekali lagi dan biarkan kek sejuk.
CREAM CUSTARDby : Honey
1 sudu besar
tepung
1 sudu besar tepung
jagung
4 sudu besar
gula
200ml (1 cup) susu
segar
1 biji telur (L
size)
1 sudu besar
mentega
1 sudu teh esen vanila
- ita tambah
caranya:)
-Masukkan tepung,
tepung jagung dan gula ke dalam mangkuk.
-1-2 sudu
besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
-Masukkan telur dan
kacau lagi.
-Kemudian masukkan susu
yang selebihnya dan kacau. Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam
microwave. Guna suhu yang tinggi.
Masak sehingga
pekat.
-Setiap 1 minit lebih
bawa keluar dari microwave dan kacau.
Ulang sehingga pekat.Bila
dah siap, masukkan butter dan kacau rata.
** Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn
api yg sederhana.Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg
licin.( aida ikut cara ni je..lagi senang..hehe )
** Setelah kek masak dan kek telah sejuk picit custard di tengah2 kek.Cucuk Nozel ke dlm dan picit. Kek ni tak ada custard pun dah sedappp......klu ada custard ehemmm sedap 2x heheh ...aida tabur sikit gula caster / gula aising konon lah salji le tu kan nama pun HOKKAIDO dah macam JEPON ...heheh
Salam aida, resipi ni dah dlm list akak tp belum berpeluang mencubanya. Nampak sedap dan lembut je..
BalasPadamwsalam kak zana@pb.....ya ia sungguh lembut..cuba lah ya...
BalasPadam