Selasa, 17 April 2012

DAGING MASAK ALA KAPRAU



Alhamdulillah dah selamat menjamu selera hidangan t/ ari ..ari ni aida cuba operasi resepi DAGING MASAK ALA KAPRAU ..heheh betul ke namanya ni........klu tak silap ni aida copy dari blog masam manis Azlita Aziz ..aida ada tambahkan sayur brokoli dan daun limau purut dlmnya ..dan nak mencuba juga Tomyam kiriman dari kak Engku Nazlah kebetulan resepi ni ada bubuh pes tomyam...baru wallah ehemmmm memang sedap dpt satu lagi resepi baru nak masak daging...10q pada yg empunya resepi daging ni..:)


Haaaa... ini lah Daging Masak ala Kaprau waaaa... chaaaaa....!!!  ramai yg dah buat resepi ni...rupa-rupanya resepi n dari kak Jee ni dan ramai yg memuji kesedapan resepi yg cukup ringkas penyediannya...disebabkan ringkas dan mudah penyediaanya tu yg terpanggil utk aida mencubanya pula....hilang sudah mengencessss...
Jom le kita tengok resepinya ....dan jom layannnn....Aida minta izin mengadapatasikan resepi daging ni kat SRKM ya..muahhhhh2 10q ......


DAGING MASAK ALA KAPRAU
by: Kak Jee


250 gms daging batang pinang dihiris nipis (atau ayam) - aida gunakan daging biasa je..tp aida rebus dulu bagi empuk .
2 sudu besar paste tomyam
cili api  diketuk2 - ikut kepedasan.
2 labu bawang besar - dibelah lapan dan dicerai2kan
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos cili
daun selasih- aida tak letak . aida gantikan dgn daun limau purut
Capsicum hijau - aida tak letak aida gantikan dgn sayur brokoli..di potong kecil 
1 batang cili merah - hiris panjang .

Perap daging yang telah dihiris bersama 2 sudu paste tomyam selama ½ jam.
Kemudian tumis 1 labu dulu bawang besar yang telah dikerat 8. 
Kemudian masukkan cili api yang telah ditumbuk kasar. 
Setelah agak garing, masukkan hiriisan daging yang telah diperap dan goreang hingga daging kecut.
Kemudian masukkan kicap manis dan sos cili dan terus goreng. 
Masukkan daun limau purut  yang telah di siat2, . 
Kemudian masukkan juga baki 1 labu bawang besar dan brokoli yg telah di potong2...
Setelah bawang besar layu, padamkan api dan hidang.



2 ulasan:

  1. salam..hey nice blog! follow mine ^_^

    http://penhijaupenpink.blogspot.com/

    BalasPadam