Ahad, 25 Disember 2011

~~DONUT ~~ nak yg pedas ke yang manis....

Jom sarapan....sebelum mula mengentil....kk Enjit Enjit Semut dan Nora Dany Harry....aida pun mendonut juga pagi ni minggu2 demam meroti dan menguli saja......10q bagi idea dan sumber inperasi ....nak donut pedas ke donut manis....jom layannnnnn :))


DONUT

Bahan-bahan :

1. 500g tepung gandum
2. 50 g butter/margerin- aida cairkan
3. 2 sudu gula
4. 1/2 sudu kecil garam
5. 1 peket mauripan / dry yeast / 11g
6. 1 biji telur (pukul sebentar)
7. 200ml susu segar + sedikit air suam (optional)- nak guna air suam semua pun boleh tapi jgn lupa letak 2 sudu susu tepung atau susu manis.

Cara :

1. Masukkan mauripan, gula, butter dan susu segar dalam bekas dan biar selama 10 minit(bahan kacau)
2. Kemudian masukkan tepung, garam dan telur yang telah dipukul di dalam satu bekas yang lain.
3. Campurkan bahan kacau dan tepung tadi serta uli hingga tak melekat di tangan.
4. Semasa menguli, pastikan gunakan hujung jari bukan tapak tangan (petua orang tua).
5. Kemudian bentuk lah doh-doh bulat kecil dan biarkan sebentar (5 minit). Nak goreng baru lubangkan di tengahnya.
6. Sementara itu, panaskan minyak dengan api perlahan.
7. Kemudian goreng lah doh tadi sehingga warna kekuningan. Angkat dan toskan.
8. Gaulkan dengan gula halus atau topping yang anda suka.

Note :. Resipi yang simple dan mudah tapi sangat puashati bila kita sendiri membuatnya.



Aida dan family suka sira dgn sambal:
caranya :)
1/2 biji bawang besar kisar
2 ulas bawang putih kisar
3 sudu besar lada kisar
cikit ikan bilis agak2 le...
1/2 cawan air
1/2 keping asam keping
3-4 sudu makan gula
garam secukupnya

-Tumis lada dan bahan kisar hingga garing masukan gula dan garam kacau rata dah rata masukan air dan asam keping , masak hingga agak2 pekat dan likat dan rasa ..pedas,masam , manis dan masin secukup rasanyaa...
- Kecil kan api dan masukka donut yg telah di goreng tadi, gaul hingga sambal menyaluti donut dan siaph boleh di hidangkan...


**Jom operasi...JOM mendonut dan jom layannnn..salam sayang dari Aida di SRKM..muahhhhh :))

Tiada ulasan:

Catat Ulasan