Isnin, 21 November 2011

~~Mee Hoon Goreng Sempoi~~

Assalamulaikum dan selamat pagi semua....dah bersarapan?...Bila anak2 dah mula cuti sekolah....kerja seharian pun tak le sesibuk hari persekolahan ...Operasi sarapan pun boleh agak lewat sikit...Hari ini selepas solat subuh ...aida operasi Mee Hoon Goreng sempoi wat sarapan pagi Aida sefamily ..sempat lah juga my hubby bersarapan sebelum pergi kerja....Kenapa sempoi?..sbb Bahan2 semuanya main cempak2 saja ....apa yg ada dlm i/box tu aje yg aida masukan...jadile..Mee Hoon sempoi ni..Janji kenyang dan berkhasiat...anak2 pun tak cerewet..Mereka layan aje...hehehe


~~Mee Hoon Goreng Sempoi~~

Bahan-bahan

400g mee hoon- sebungkus
100g daging
10 ekor udang
6 ulas bawang putih
1/2 bawang besar
1/2 cawan ikan bilis
4 sudu besar lada kisar
2sb sos tomato
2sb sos cili
1sb sos tiram
2sb kicap manis
5sb minyak masak
garam secukupnya & ajinomot jika suka
1 cawan air panas
1 batang lobak - potong memanjang dan nipis
kobis - hiris nipis2
200g taugeh
sawi di potong2

Cara-cara

Mee hoon direndam 20minit dan di toskan. Daging dipotong kecil2, udang buang kulit. ikan bilis , bawang putih dan bawang besar tumbuk lumat.
Panaskan minyak, tumis lada kisar, dan bahan kisar hingga garing dan naik bau, Masukkan udang dan daging, gaul rata. Bila nampak dah kering masukkan sedikit air dan tumis sampai daging lembut, lebih kurang 10minit.
Masukkan sos cili,sos tomato,sos tiram,kicap,gula,garam & ajinomoto. Kacau lagi dan rasa apa yg kurang, adjust mana yg patut. Bila rasa dah cukup masukkan air panas.
Dah menggelegak masukkan lobak, kobis dan mee hoon. Gaul biar semua sekata. Bila nampak kering masukkan air sikit2 hingga mee lembut. Rasa jika ada yg terkurang leh adjust sikit2 sbb rasa akan kurang bila tambah air.
Bila rasa dah ok, masak mee hoon nih lagi 10 minit atau hingga nampak lembut. Tutup api dan masukkan sawi dan taugeh,gaul biar sekata.

Hias dgn daun bawang,bawang goreng & lada merah yg dipotong menyerong., timun hiris nipis dan limau kasturi utk diperah nanti....



Selamat memasak ..dan jom layann mee hoon gorengwat sarapan pagi ...
Salam sayang juga dari aida di SRKM muahhhhh ......<3 <3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan