Selasa, 4 Oktober 2011

~~Puding Roti Karamel~~ caramel lagi....

Ini dia Puding Roti Karamelnya aida wat pemanis mulut berbuka pose nanti....memang mablesss tp makan tu jgn tak Hengatttttt...... klu dah ada caramel sapa2 pun pasti tergoda dan tergugat iman..nak tak nak dah operasi cantas juga cikit..wallah memang lazattttt...jom layannnnnnn


Puding Roti Karamel.. memang manis ..tak boleh operasi selalu...gula dan telur pun dah naik harga..tp klu ada roti2 lebih tu apa salahnya ,sekali sekala operasi lah..sedap dan nyaman aje tekak klu dimamam sejuk2....sedappppp....kata BB fatin...:))

Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia / roti keping jenama lain pun boleh asalkan roti.....
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
1 cawan air suam
1 cawan susu cair
3/4 cawan susu pekat - letak 1/2 cawan susu pekat
pun boleh klu nak kurangkan manisnya.
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara
Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam loyang pun boleh, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air panas, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Ketepikan.

Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam)
Sejukkan dahulu barulah diterbalikkan , di potong dan hidangkan.Lebih sedap klu bertapa dulu dlm i/box lepas tu baru mamam..memang mablesssss........:))

Tiada ulasan:

Catat Ulasan