Assalamulaikum..Dunia masakan sangat luas dan tiada penghujungnya..selagi kita berminat belajar ,mahu beroperasi dan berexperiment yang tiada kenal jemu dan putus asa InsyAllah pasti akan memghasilkan satu masakan sangat sedap dan terbaikkk buat yang tersayang..Aku Bangga dengan Air Tangan ku walaupun ianya tidak seberapa...Tanda kasih sayangku buat My Hubby En.Shamsul Nizam dan anak2 yg teristimewa..Tq juga pada kekawan semua.Salam Sayang dan Sejambak Kemesran dari Aida di SRKM..:))
Sabtu, 29 Oktober 2011
~~Nasi Ayam~~
Assalammualaikum semua, Hari ini terasa nak wat Nasi ayam dan kek caramel tanda kesyukuran sbb hubby dah sembuh dan baik seperti sedia kala....utk hidangan makan tengah hari aida sefamily bersama adik ipar hari ini 29/10/2011...moga hubby terus sihat ..sihat....dan sihat.....itu saja doa dari kami semua wat hubby tersayanggggggg.....10q juga yg tidak terhingga pada kekawan yg telah mendoakan kebahagiaan hubby and kami sefamily...Salam sayang juga dai Aida di SRKM....muahhhhh :) <3
Nasi ayam biasa set hidangan mesti ada sup, ayam samada dipanggang atau digoreng, sos cili untuk nasi ayam dan ulam timun, tomato dan daun salad.kekadang sambal kicap manis pun ada...Jom lah tengok kita resepinya..lepas tu boleh operasi dan Jom layan Nasi Ayam..hemmmm memang sedapppp...
BAHAN NASI AYAM :-)
3 cawan beras , cuci dan toskan - Aida guna beras cap Langsat...
4 cawan stok sup ayam (resipi dibawah)- sukatan ikut beras apa yg di gunakan
1 helai daun pandan, disimpul
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 inci halia, dititik
2 ulas bawang putih, dititik
1 1/2 camca besar marjerin (mat guna mentega)
Garam secukup rasa
BAHAN SUP AYAM :-)
1 ekor ayam sederhana besar
15 cawan air / hingga keseluruhan ayam tenggelam
1 1/2 inci halia, hiris kasar dan titik
5 ulas bawang putih, dititik
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 camca besar bawang goreng
1 pokok daun sup, kerat 2
2 kiub pati ayam "Maggi"
1 camca teh lada hitam, tumbu halus
Garam secukup rasa
BAHAN SOS CILI HALIA :-)
5 biji cili merah
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
1/2 cawan stok sup ayam
1/2 inci halia, dititik
Gula dan garam secukup rasa
BAHAN PERAP AYAM :-)
2 camca besar madu
2 camca besar kicap pekat
1 camca teh lada hitam, tumbuk halus
1 camca besar mentega
2 ulas bawang putih, tumbuk halus
BAHAN HIASAN/ULAMAN :-)
Tomato, dihiris
Timun, dihiris
Daun salad, cuci setiap kelopak, dan toskan
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng
CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK SUP AYAM :- Ayam dipotong 4, cuci bersih dan toskan. Dalam periuk satukan semua bahan2 untuk sup . Jerang hingga mendidih dan masukkan ayam. Masak dengan api sederhana selama 30 minit. Keluarkan ayam tadi dan biar kan sejuk. Cedok keluar 4 cawan stok untuk memasak nasi dan 2 cawan lagi untuk sos cili . Kemudian masukkan lada hitam, terus memasak hingga mendiidh , Rasa dan jika perlu tambah air lagi dan garam secukup rasa. Hias dengan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
UNTUK NASI AYAM :- Panaskan marjerin/mentega dalam kuali, tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga harum, masukkan halia, bawang putih dan daun pandan. Kacau rata dan masukkan beras, goreng beras dengan bahan2 tadi selama 1 minit. Alih beras tadi dalam rice cooker, tuang stok ayam dan gaul. Tambah sedikit garam. Masak seperti biasa. Bila nasi masak, balik2 kan nasi, tapi jangan ganas2, nanti beras basmathi patah2...tak cunn... Tabur dengan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
UNTUK AYAM PANGGANG SEGERA :- Ayam yang telah disejukkan tadi, dilumur dengan bahan perap kecuali mentega dan perap selama 30 minit. Sudukan sedikit mentega pada setiap bahagian ayam dan lumur rata. Bakar pada suhu 190 C selama 8 - 10 minit untuk setiap bahagian. Hidangkan bersama ulam2 dan sos cili halia.
UNTUK SOS CILI HALIA :- Cili merah, bawang putih dan tomato dikisar halus, tuang dalam periuk, masukkan stok ayam dan halia. Masak hingga mendidih, masukkan gula secukup rasa dan sedikit garam jika perlu. Masak dengan api kecil sehingga pekat. Biar sejuk dan boleh hidangkan bersama nasi ayam tadi...
Buat juga kek Caramel colour purple , oren dan perisa keladi....selalu wat kan org punya aje..ari ni baru dapat lihat dalamnya dan dapat makan kami sefamily....Jom layan jap....ehemmmmm....sedappppp jugakkkk...cepat aje dah nak abisssss...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan