Sabtu, 6 Ogos 2011

~~Sambal Goreng Jawa~~

Lauk Menu bersahur Aida utk pagi ni 6/8/2011. Sambal Goreng Jawa... Hidangan ni pebrett kami sekelurga...lebih2 lagi my hubby....nostalgiaku…. Di kanpung saya, di Johor setiap kali raya atau kenduri kendara, mesti ada benda ni….. Dari kecil hingga besar, saya dibesarkan dengan sambal goreng jawa masakan mak saya!!! dan dah berkahwi pun dgn org keturunan jawa sama...Mak mertua saya pun dah jadi makan wajib di pagi raya... Masakan ni sebenarnya simple je tapi best sangat!! Kalau dah masak tu mesti nak rata sepiring wallah sedappp sekali....anak aida pun mengemarinya ..apa yg Mama dia org masak mereka ngappppp hingga licin mangkok..hehehe !Dahlah tu merangsang-rangsang saya suruh buat lagi…….. Dah namanya anak dan cucu jawakan nak buat macam mana.....
sikit2 tahulah juga masakan2 Jawa ni.....Apakata kita tengok resepinya dan cuba operasi dan layannnnn "SAMBAL GORENG JAWA'


Bahan-bahan

3 keping tauhu ( di potong dadu kemudian di goreng)
2 biji kentang ( potong dadu dan di goreng )
1 keping tempe ( potong dadu dan goreng )
3 Keping babat / perut lembu ( rebus dan potong nipis)
2 sudu lada kisar
2 biji lada merah ( hiris nipis)
suun – ( rendam dan di potong sedikit )
tauhu kering ( di rendam dan potong kecil )
1/2 cawan ikan bilis/ udang ( buang kepala dan kulit )
3 -4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
kicap lemak manis secukupnya
gula sikit
1/2 cawan santan pekat- klu tak bubuh pun ok.
garam secukup rasa
Minyak secukupnya
serbuk perasa secukupnya

Cara Penyediaan

1. Tumis bawang merah, bawang putih, cili kisar dan lada hiris hingga garing dan wangi.
2. Kemudian masukkan udang hidup, santan, Suun, tauhu kering dan bahan2 yang telah di goreng tadi!!
3. Masukkan garam, kicap dan gula dan perasa kacau rata.Masakan org jawa mesti ada manis2 sikit
4. Bila telah masak dan rasnya pun dah ok sesedap lidah kita ...bolehlah diangkat dan dihidangkan.

** sesuai di makan dengan nasi panas, ayam kicap atau ayam masak merah!!..perahhhhh memang terbaikkkkkk....:))

Tiada ulasan:

Catat Ulasan