Khamis, 4 Ogos 2011

~~Kuih Talam Durian~~


Kuih Talam Durian: cuba2 operasi wat ...tengok buah durian tu tergolek dan ada dah merka pun ....dari bertapa dlm i/box ..apa kata kita experiment wat operasi kuih talam doyan...Alhamdulillah sedap juga ...lepas le klu nak membeli ...boleh wat berbuka pose sebagai pencuci / pemanis mulut utk hari ini 4/8/20111...


Macam nak pengsan ..baunya tu yg tak boleh tahan satu rumah bau durian....huhu..Sementara nak tunggu waktu berbuka pose aida masuk kan dulu talam doyan ni dlm I/box....makan sejuk pasti sedap bangettttt....nak tak nak kuih Talam mesti nak 2 lapis..sbb tu ada peribahasa Talam 2 muka kot ...kerana talam 2 lapisan kan...Tp AWAS...Jgn talam 2 muka...nyaya...heheh ..Panjang nya cerita ....Jomlah tengok resepinya .....Jom operasi dan jom layann..salam sayang dari Aida di SRKM....:)



~~ KUIH TALAM DURIAN~~

Bahan-Bahannya :)
Untuk lapisan bawah ( warna kuning)

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan gula
3 1/2 cawan santan
1/2 cawan isi durian - Aida bubuh dlm 5 Ulas
1 biji telur
( sedikit perwarna kuning )

Cara-caranya :)
1. Campurkan semua bahan lapisan bawah, didalam blender dan kisar sehingga betul-betul sebati dah halus, sapu dgn minyak makan sikit bekas kecil2/ loyang bulat alas dgn plastik dan sapu minyak masak utk mengelakan dari melekat setelah masak nanti.curah adunan, kukus sehingga bahagian atasnya kelihatan keras sedikit, lebih kurang 20 minit.

Untuk Lapisan atas ( warna putih)

1 cawan gula
2 1/2 cawan santan
1 cawan tepung beras
sedikit garam

- Sementara tunggu lapisan bawah masak.Buat adunan lapisan atas, campurkan tepung beras, garam di dalam santan, kacau sebati, dan tapis kan, curah di atas
lapisan kuning dan kukus hingga betul-betul masak, kukus selama 40 minit.Sejukkan dahulu baru dipotong.

** Aida lebih suka masukan dalam bekas2 kecil senang nak makan tak payah nak potong2...kukus selapis2,sudukan sesudu lapisan kuning dan sesudu lagi lapisna putih.....

selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan