Ahad, 7 Ogos 2011

~~Daging Sambal Serai ~~

Juadah berbuka puasa Aida sefamily 6/8/2011.....Daging Sambal Serai, Kerang rebus vs sos cili , sayur bendir goreng dan pelengkap hidangan Bubur Lambok dari surau.......Alhamdulillah selamat 6 hari kita berpuasa....:)Jom kita tengok resepinya dan cuba operasi dan layannnnn dgn nasi putih hangat...Salam Sayang dari Aida di SRKM....muahhhhhh :))


BAHAN-BAHANNYA :-)
1kg daging + otot2nya lagi sodap , hiris, cuci dan toskan*
1 inci halia, hiris nipis*
3 ulas bawang putih, dititik*(*direbus hingga empuk)

5 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris halus
2 batang serai, dititik
1/2 cawan jus asam jawa
2 camca besar sos cili
2 sudu besar kicap
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
Daging ditoskan, asingkan 1/2 cawan stok air rebusan tadi. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang putih dan serai, tumis hingga harum. Tambah cili kisar dan cili sos, tumis hingga cili garing.
Masukkan daging dan gaul rata. Tuang jus asam jawa dan air rebusan daging tadi. Tambah garam secukup rasa dan gula. Kacau dan biar mendidih hingga pekat dan sedikit kering. Masukkan bawang besar, kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Alih dalam bekas sesuai.dan hidangkan...taburkan sikit dgn daun sop.walah sedapppnya...:))


Tiada ulasan:

Catat Ulasan