Jumaat, 12 Ogos 2011

~~Rendang Ayam~~


Alhamdulilahjuada berbuka pose Aida sefamily 11/8/2011...Rendang Ayam ....tukar selera asyik masak yg biasa aje ...hari ini best sikit...hawa macam nak raya aje....heheh dan cendawan tiram ...pelengkap hidangan Roti Jhon my hubby beli di bazar dan Nasi lemak pemberian dari Jiran sedekah,..macam tahu2 aje aida nak makan nasi lemak teringat operasi Norma Azuwa Zakaria semlm berbuka dgn nasi lemak ..hari ini ada rezeki aida ..org berbudi kita berbahasa ....org memberi kita merasa....tak gitu...??...


sebenarnya Aida ni bukanlah pakar nak wat Rendang.....tp memang suka makan rendang ..Tiap tahun bila raya ..pasti Rendang tidak ketinggan wat hidangan utama tak dipagi raya ...Tak kira lah Rendang daging @ Rendang Ayam..yg pasti ada di atas meja setiap Hari Raya menjelma..Rendang Ibu memang yg terbaikkkk.....nak balik kg rasa lambat lagi aa tak ada aida pi godeh2 Googgle..Alhamdulilah jumpa juga resepi wat rendang g simple dan senang dari Blog Potret Kasihresepi Rendang Daging tp aida derhaka wat Rendang Ayam...sori dan 10Q di ucapkan..dgn tak sabarnya Aida operasi boleh juga wat idanga berbuka pose Aida sefamily utk ari ini...Jom semak Resepi dan JOm operasi dan jom layannnnn....:)) sejambak kemesraan dari Aida Disini....


Resepi Rendang Daging /Ayam ...copy dan paster, mohon izin share resepinya ya Potret Kasih..

1 kilo Daging lembu- Aida gantikan dgn sekor Ayam
1 biji kelapa – diambil santannya
daun limau purut ( di hiris )@ daun kunyit ( dihiris ) ( boleh gak nak masukkan kedua2nya )
1 – 2 keping asam gelugur@ 1/2 cawan air asam jawa
garam secukup rasa
gula secukup rasa
serbuk perasa
2 sudu besar kerisik

Bahan kisar
10 biji cili kering di rendam dan dibuang biji- Aida bubuh dlm 3 sudu besar cili kisar.
2 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
4-5 batang serai
1 sudu makan biji ketumbar
1 sudu teh jintan halus- di sangai dan kisar halus
1 sudu teh jintan kasar- di sangai dan kisar halus

Cara penyediaan

1. Tumis bahan kisar hingga berbau harum. kemudian masukkan daging /ayam masak hingga daging kecut.
2. Masukkan santan masak hingga daging lembut. Jika daging belum cukup lembut masukkan sedikit air lagi dan masak lagi sehingga daging lembut.
3. Masukkan asam gelugur, gula, garam dan serbuk perasa. Last sekali masukkan kerisik, daun kunyit atau daun limau purut yg telah dihiris.
4. Bila sesuai kepekatannya bolehlah diangkat dan dihidangkan.

** Satu lagi cara masak rendang ialah satukan bahan kisar, santan dan daging kedalam kuali. Reneh dan masak hingga daging empuk dan sehingga santan mengeluarkan minyak. Kemudian masukkan air asam jawa@asam gelugur, gula,garam, perasa, kerisik dan daun kunyit atau daun limau purut. sesuaikan rasa… bolehlah diangkat!!!!

*** Cara yang nombor dua ni lebih mudah…. saya biasa masak ikut cara yang nombor dua. Rasa dia tetap sama!!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan