p/s : terima kasih chef Khairi Mansor atas resepi "Sacher Torte " yang pastinya nyummm2 ....dan kaya dgn rasa coklatnya... izinkan aida mengadaptasikannya di sini ..tanda aida telah mencuba dan sempurna kejadiaanya..Alhamdulillah....semoga ilmu ini dpt dimanafaatkan bersama2 kekawan yg lain hendaknya....InsyAllah..
Sacher Torte'..sama jer seakan2 moist chocolate cake..** ehemmmm maaf dipinta aida tak dpt nak bagi semua kekawan rasa....
Chocolate Torte
--------------------------
BAHAN A :
• 1 cawan gula pasir
• 1 cawan serbuk koko
• 1 cawan susu evaporated (cair)
• 1 cawan susu condensed (pekat)
• 1 cawan minyak jagung
BAHAN B ( DIAYAK ):
• 11/4 cawan tepung kek (saya gunakan tepung gandum biasa)
• 1 tsp soda bikarbonat
• 1 tsp baking powder
BAHAN C :
• 4 biji telur - dipukul sehingga kembang
Cara:
• 1. Masak kesemua bahan A , cukup sekadar semua bahan rata dan gula hancur.sejukkan sedikit
• 2. Setelah bahan A agak suam, masukkan bahan B, kacau sehingga betul2 rata.
• 3. Kemudian masukkan telor yg telah dipukul kembang dan kacau rata lg.masukkan kedlm loyang berlapik dan tutup permukaan dgn aluminium foil.kukus sehingga masak (45mnt - 1 jam)
Chocolate Ganache
300g coklat masakan
200g UHT whipping cream
2 tbs Glyserin @ 2 sudu butter
- Panaskan whipping cream di atas 'double boiler' sehingga cream panas.
- Masukkan coklatdan kacau hingga coklat cair dan sebati. Masukkan glyserin @ butter dan kacau rata.
- Boleh terus digunakan diatas kek yg telah sejuk.
dari kejauhan ini juga aida sentiasa mendoakan yang terbaik utk semua mudah2an jugak kita semua dirahmati dan diberkati hidup di dunia dan di akhirat jua hendaknya...Sejambak kemesraan yang berkekalan dan salam sayang silaturahim yang berpanjnagan dari aida sefamilys wat semua muahhhh.... :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan