Khamis, 28 Jun 2012

Kueh Ketayap (Kueh Gulung ).

Alhamdulillah Jadi juga aida wat kueh ketayap / Gulung  atau pun ada yang panggil kueh dadar utk berbuka pose dan hantar ke surau sikit sempena majlis baca Yassin dan meeting AJK surau ...10q kekawan yg bagi idea....:)



Kuih Ketayap (Kuih Gulung ). 

Bahan-bahan ( 22 btg )

  • 3 cawan tepong gandum
  • 1 biji telor
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil perwarna hijau
  • 4 cawan air
  • 1/2 cawan minyak masak*
  • 3 helai daun pandan*

Cara-cara

  1. Satukan semua bahan, kecuali yang bertanda *, kacau sehingga rata. Kemudian tapis.

  2. Masukan minyak dalam mangkuk kecil. Daun pandan di potong 3 bahagian kemudian di ikat dengan getah gelang. Bahagian hujungnya di siat2 supaya senang untuk menyapu minyak pada kuali.
  3. Panaskan kuali. Angkat kuali tadi kemudian sapu minyak dan sendukan satu senduk kecil adunan kedalam kuali tadi dan goyang2 kan kuali supaya adunan menjadi dadar. Letakkan semula kuali di atas api.
  4. Setelah dadar masak, angkat. Isi satu sudu kecil inti kelapa. Susun memanjang, kemudian lipat di kiri dan kanan. Setelah itu gulung dadar tersebut.
  5. Dah siap..makan..makan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan