Jumaat, 2 Mac 2012

~~Asam Pedas Ikan Parang ~~

~~Asam Pedas Ikan Parang ~~



BAHAN-BAHANNYA :-)
5 keping ikan parang segar, cuci bersih dan toskan
1/2 biji nenas sarawak, hiris sederhana tebal
3 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap kuntum
1 genggam daun kesom (tak letak..)
1/2 cawan jus asam jawa
3/4 cawan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa (mat guna sedikit serbuk perasa)
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
2 ulas bawang merah
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan minyak dalam periuk, masukkan secubit garam dan tumis bahan kisar halus hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidh.
Masukkan ikan, nenas dan juga bunga kantan/daun kesom, kacau perlahan dan biar mendidih. Tuang jus asam jawa. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula atau serbuk perasa. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan