Assalamulaikum pada semua..rasanya lama Aida tak wat en3 di sini....Almaklumlah sibuk dgn raya2 sakan dan anak2 nak ezam...Hari ini baru hajat terlaksana nak cuba operasi pavlova ke namanya.....lama nak rasa sangat sejak kekawan dok tayang kat FB...jiwa tak tenang selagi tak try operasi....
Dalamnya seakan-akan marshmallow yang sedikit kenyal namun lembut, dimakan dengan lapisan atasnya whipping cream dan ditaburi buah2an segar....Jom kita tengok resepinya dan jom cuba operasi dan nikmati nya sendiri..wallah .....nyot2 jeee
**Jangan sekali-kali ambil jalan mudah gunakan acuan / loyang untuk bakar pavlova lapik guna kertas minyak jeee...klu guna loyang nanti pavlovanya mengecut bila dah masak....
Bahan-Bahannya.
4 putih telur
1 cawan gula halus - Aida wat 3/4 cawan jeeee
1 sudu besar tepung jagung
1sudu cuka- Aida gantikan dengan air perahan limau kasturi
1 sudu kecil esen vanilla
250g non - dairy .whipping cream /fc
Buah2an segar seperti stowbery, kiwi, peach , anggur, mangga al apa2 jelah yg masam...heheh ikut tekak masing2.....
Cara membuatnya:)
- Panaskan oven pada suhu 180c dan buat satu bulatan berukuran 9" pada kertas minyak. Kemudian terbalikkan kertas tadi dan alaskan pada loyang pembakar ( gunakan bayang bulatan tadi sebagai ukuran pavlova nanti). ketepikan.
- Putar putih telur hingga berbuih , guna kelajuan tinggi, masukkan gula halus sedikit demi sedikit hingga habis dan cuka(jus limau), terus putar hingga menjadi meringue yang kental dan bertanduk ...( angkat mangkok ianya tak jatuh)
-Masukan tepung jagung , kacau rata dengan spatula, masukan essen vanilla , gaul rata.
- Tuang atas kertas minyak tadi dan bentukkan seperti lingkaran pada kertas tadi.Bentukkan bulat dan tinggi sedikit guna spatula utk meratakan ...
- Turunkan suhu oven pada 130c dan bakar selama 1 jam 20 minit dengan api atas dan bawah .Bila pavlova nampak sedikit perang , matikan api oven , renggangkan sedikit pintu dan biarkan sejuk sendiri dlm oven .
- Bila sejuk, berhati2, alihkan pavlova tadi ke dalam pinggan sesuai . pavlova sangat rapuh..
Cara-cara buat whipping cream:
-pukul non - dairy whipping cream hingga kembang dan kental ( pastikan ia sejuk). Kemudian tuang dan ratakan atas pavlova tadi.pastikan pavlova dah sejuk betul2....
**Masukkan dulu dalam peti beku selama ½ jam sebelum di picitkan ke atas pavlova. Senang cerita, sebaik-baiknya buat whipping cream lepas pavlova sudah masak atau bila mahu makan pavlova tersebut. Kalau tidak, nanti whipp cream tidak nampak cantik…bertapakan dlm i/box....itu pun klu tak abis makannnn...
- Hiaskan dengan buah- buah segar dan hidangkan ...bertapakan dlm i/box pun sodappppp....
sedapnya Aida, saya pernah buat sekali tp suami saya x suka sbb manis sgt.....nk buat lg mcm cuak jer rasanya, last2 tempah makan ramai2 dgn kawan, sedap sgt!!!!
BalasPadamHai aida, salam perkenalan..
BalasPadamsedap nyer pavlova ni tapi suami akak tk suka cream-cream ni jadi tak pernah buat lagi..
http://my-mintroom.blogspot.com/
wsalam khairiah khaizu...dengar kata manis sangat tu yg aida kurangkan sikit gulanya....tp klu dah makan dgn buah segar rasa seimbang...sedappp macam tak cukup nak kena wat lagi ni....anak2 saya sukajuga....
BalasPadamhai marsita yahya...salam kenal juga dari aida.....1st operasi menjadi dan sedapppp.....
BalasPadamSalam kenal. Nampak cantik dan enak...
BalasPadammak wardah ,salam kenal juga dari aida...10q kerana sudi singgah2 di SRKM...
BalasPadam