Rabu, 26 Ogos 2015

Mee Hoon Goreng singapore/ Putih dengan Periuk Noxxa..nyummmm2 cepat dan lazat...

Alhamdulillah. .. Nak kabo dgn menggunakan periuk Noxxa setelah semua bahan2 ditumis dlm periuk hanya 3 minit Mee hoon Singapore putih kita telah siap dihidangkan utk anak2 bersarapan sebelum pergi ke sek ..Alhamdulillah ianya mempercepatkan kerja Mama Aida pagi ni.. mee hoon pun tak perlu direndam .. tak perlu mengacau bagai ..tumis bahan2 dan masukkan semuanya sotong ,isi ayam dan sayuran serta mee hoon dlm periuk dan HP 3 minit...gaul2 manjer jer dan hidangkan panas2 bersama cili jeruk ..abg bb pun senyummmm jer pagi ni.. anak2 pun suka makannya dan seperti biasa BB fatin tapau bawa gi sek..
— wit' Shamsul Nizam Md Salim an' Shah Danial Hakim at Taman Saujana Seksyen 2.



Bahan-bahannya:
1 bungkus bihun jenama Faiza 400 gm - basuh dan toskan, tak perlu direndam
Udang/sotong secukupnya
fish cake / fish ball
isi ayam - dipotong dadu - boleh ditambah
sebatang karet di sagat
taugeh , daun kucai , daun sup (Sayur-sayuran - opsyen)
lada hitam 
kiub ayam 
lada merah dihiris

2 sudu besar sos tiram

600ml air
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan Tumis:
3 sudu besar minyak
1 biji bawang besar - dihiris
4 ulas bawang putih - dihiris

Cara-cara Membuatnya:

1. Masukkan minyak ke dalam periuk Noxxa.



2. Tekan fungsi `STIR FRY' dan ON (butang warna merah)




3. Bila minyak telah panas, tumiskan bawang besar, bawang putih,
Tumis sehingga bawang kekuningan dan naik bau.
Kemudian masukkan air 600ml. dan kacau rata

4. Selepas itu masukkan sos tiram, dan kicap manis. serbuk lada hitam dan kiub ayam.. kacau gunakan senduk kayu . Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Biar kuah mendidih dan pada masa yang sama udang ,sotong pun masak.


.

5. Masukkan bihun dan sayur, dan gaul rata.

6. OFF kan fungsi `STIR FRY'.






7. Tutup periuk dengan ketat dan pastikan tombol berada di kedudukan `HIGH PRESSURE'.3 minit















8. Selepas tamat masa memasak (masa menunjukkan 0), tolak tombol kepada kedudukan steam untuk keluarkan wap (perlu diingat sekiranya wap masih ada di dalam periuk, penutup tidak boleh dibuka disebabkan masih mempunyai tekanan).








9. Kacau dan kaupbalikkan bihun sehingga rata. Tutup periuk dan tekan fungsi `WARM-REHEAT' supaya bihun senantiasa panas dan sedap dimakan. Sekiranya tidak mahu, bolehlah mengalihkan bihun dari periuk ke bekas lain.

















10.Mee Hoon Putih singapore siap utk dihidangkan bersama lada jeruk..wallah sedapnyaaa....















Goreng Mee Hoon Putih dengan Periuk Noxxa..nyummmm2 cepat dan lazat.. anak pun suka...fatin siap tapau bawa gi sek....


7 ulasan:

  1. Sangat memudahkan pc noxxa. Pm 019-2494819 untuk harga kaseh sayang. Tq

    BalasPadam
  2. Tumpang tanya, sy prnh cuba masak bihun goreng guna noxxa, tp dia melekat n padat. Mcm bingka. Knp ya?

    BalasPadam
  3. Tumpang tanya, sy prnh cuba masak bihun goreng guna noxxa, tp dia melekat n padat. Mcm bingka. Knp ya?

    BalasPadam
  4. aduhhh...mee hoon sy hangit kat bawah...kena cuba lagi ni...nasib ari ni suami ada jamuan...

    BalasPadam