Rabu, 26 Ogos 2015

Puding Mangga Kristal.....lazat dan pastinya nyummmm

Assalamulaikaum..lama nya tak bersiaran...Mama Aida agak siBuk sedikit...apa2 pun diharapkan semanya sihat walafiat ya...terima kaish kerana sudi lagi berkunjung di opis Sentuhan RasaKasih Mama Aida Ini.....
Mood terrajin pulak ari ni. ..nyaman kan sikit sakit gusi dan legakan tekak dgn Puding Mangga pulak..cuaca pulak panas lit2
Makan sejuk2 bersame nata de Coco wallah nyamannya. ..Alhamdulillah. .
—  Taman Saujana Seksyen 2.







Puding Mangga Kristal
Bahan:
Lapisan berkaca (atas)
5gm serbuk agar2 /  bertali
600ml air
5 sudu besar gula
buah mangga ~ dipotong kiub

Lapisan puding (bawah)
5gm serbuk agar2/ bertali
500ml air
1 cawan susu cair
5 sudu besar gula ~ bergantung pd manis mangga
200ml puree mangga- lebih pun tak apa lg sedap rasa mangga ( kisar)

Cara :

Lapisan berkaca (atas)
Masak air bersama serbuk agar2 hingga larut dan masukkan gula.
Masak lagi hingga mendidih. Padamkan ap
Ketepikan.

Lapisan puding (bawah)

Masak air bersama serbuk agar2 hingga larut dan masukkan gula.
Masak hingga mendidih dan masukkan susu cair.
Bila aduann puding hampir mendidih padamkan api dan masukkan puree mangga.

Utk membuat puding mangga kristal:

Basahkan mould yg akan digunakan.
Tuangkan adunan atas (berkaca) ke dalamnya dan tabur potongan mangga.
Biarkan mengeras bahagian atasnya.
Kemudian kelar2kan sedikit dgn garfu.
Tuangkan pula adunan puding dgn perlahan2 hingga habis.
Biarkan seketika hingga hilang panasnya dan sejukkan dlm peti ais.
taburkan dgn nata de coco wallah nikmat berganda dgn dilayan sejuk2...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan