KEK BUAH khas operasi untuk ayah dan bondaku sempena AidilAdha....Alhamdulillah...
Alhamdulillah hari ni cuba2 operasi kek Buah...menjadi dan sempurna nampaknya buah2nya pun elok t....cubit sikit keknya memang moist ... try rasa....ehemmmm sedappppp dan manissss...
JOm kita intai2 resepinya.... dan cuba2 operasi..lepas tu apa lg ngappp lah..sedappppp :)
~~ kek Buah ~~
200g buttercup
3 biji telur A
3 cwn tepung gandum *
1sk baking powder *
1sk serbuk buah pala * diayak bersama
3/4 cwn gula halus (boleh kurangkan jika x mahu manis sgt)
100g susu pekat manis
500g mixed cherries fruits - gaul dgn segenggam tepung yg telah diayak tadi
1sk esen vanilla
1 cwn gula - dihanguskan hingga gula hancur kemudian tambah 1/4 cwn air panas - kacau rata - sejukkan
*Dalam resepi biar sejuk ..saya derhaka tak payah tunggu sejuk boleh terus masukan..klu sejuk gula hangus akan mengeras dan lekat ...puas lak nak keruk gula tu dgn sudu...adehhh.....
- pukul butter + gula halus hingga kembang
- masuk telur satu persatu bersama esen vanila sambil pukul
- masuk tepung + susu pekat manis + gula hangus - pukul rata
- masuk mixed cherries fruits - gaul dengan senduk hingga rata
- masuk dalam loyang yg telah dilapik kertas
- bakar dgn suhu 160C@1 jam 30 minit atau hingga masak - ikot kepanasan suhu memasing
@
- kukus selama 3 jam (loyang hendaklah ditutup dgn alumunium foil @ bungkus dgn plastik utk mengelakkan air terkena permukaan kek...BILA DAH MASAK,BIARKAN KEK BERTUTUP DGN ALUMUNIUM FOIL HINGGA AGAK2 SUAM,BUKA DAN LAP WAP AIRNYA,KEMUDIAN TUTOP BALIK DAN BIARKAN SEJUK..permukaan kek akan cantik dan lbh moist
SELAMAT MENCUBA
Sambutlah salam sayang dari Aida di "Sentuhan Rasakasih Mama" muahhhhh2x
Tiada ulasan:
Catat Ulasan