Jumaat, 21 Disember 2012

SWISS ROLL ZIRAFAH....menjadi....lepaskan gian membaking..heheh

Beberapa hari ni agak sibuk sedikit dgn pelbagai urusan dan tempahan karipap yg perlu disudahkan...
Berehat sebentar dari mengelim karipap ...nak membaking pulak...Rindu rasanya lama tak membaking .. :)
.Hari ini Aida cuba berexperiment dgn ~~SWISS ROLL ZIRAFAH ~~ Alhamdulillah menjadi nampaknya....Sumber inperasi dari kakAzlita Aziz......10q kak ita atas perkongsian resepinya yg sungguh mengoda ....ehemm memang sedappp dan lembut je Swiss Rollnya......ditambah dgn keenakan jam blackcrrant dan FC di dalamnya ... Jom tgk resepi yg panjang ni... study dulu baru mula operasi...klu saya yg tak mahir  ni kena baca berkali2 dan fahamkan betul2 baru mula berexperiment.....dah menjadinya pasti hati tersenyum girang....Hasil yg sungguh memuaskan hati....dan apa lagi Jom le...kita intai2 peringkat demi peringkat nak operasi....




SWISS ROLL ZIRAFAH
Sumber : Inperasi dari kak Azlita Azliz....


Mula-mula sediakan loyang berukuran 10 X 10 inc
Lukiskan corak zirafah di atas sekeping kertas minyak
Sapukan atau griskan loyang dengan butter
Terbalikkan kertas minyak yang telah dicorakkan tadi dan letakkan di dalam loyang
Sapukan atau griskan atas kertas minyak tadi dengan butter sehingga rata, ini bertujuan supaya corak tidak melekat pada kertas minyak apabila kertas minyak di tanggalkan
Setelah siap ketepikan






Sekarang kita mulakan proses untuk menyediakan kek.
Mula-mula kita sediakan dahulu adunan coklat. Untuk memudahkan kita bahagikan adunan ini kepada 2 peringkat.

Peringkat pertama :
Adunan Coklat

Bahan A
3 biji kuning telur
15 gm gula kaster
60 ml air
40 ml minyak mazola / minyak masak
75 gm tepung gandum
1/2 sudu teh esen vanilla


  1. Satukan gula dan telur
  2. Pukul sehingga adunan berkrim
  3. Tambahkan esen vanilla
  4. Air dan 
  5. Minyak
  6. Pukul adunan hingga sebati
  7. Tambahkan tepung
  8. Kaup balik adunan hingga rata
  9. Ambil 2 sudu besar adunan, asingkan untuk di campurkan dengan adunan corak zirafah




Setelah siap ketepikan. Sekarang kita buat pula adunan putih telur (Bahan B) yang akan kita campurkan dengan adunan dari Bahan A. Kita juga akan sediakan Bahan C yang akan kita campurkan sekali dengan adunan Bahan A dan Bahan B


Bahan B
3 biji putih telur
50 gm gula kaster
1/4 sudu teh cream of tartar 

Bahan C
8 gm serbuk koko
1 sudu teh coklat emulco

  1. Pukul putih telur hingga berbuih
  2. Kemudian tambahkan cream of tartar dan
  3. Gula kaster
  4. Pukul bahan ni dengan mixer sehingga ia jadi kental / kaku / bertanduk ( softpeak)
  5. Ambil 1/4 adunan dan masukkan di dalam adunan Bahan A yang telah kita sediakan tadi. Gaul rata dengan kaedah kaup balik.
  6. Campurkan semua baki yang selebihnya ke dalam adunan dan gaulkan dengan kaedah kaup balik sehingga ia sebati.
  7. Sekarang kita tambahkan serbuk koko dari Bahan C
  8. Tambahkan juga coklat emulco
  9. Dengan kaedah yang sama, kaup balik adunan hingga ia bergaul sempurna. Ketepikan


Selesailah proses pringkat pertama

Beralih pula pada proses peringkat ke dua. Proses untuk menyediakan adunan mencorakkan zirafah

Peringkat ke dua
Adunan Corak Zirafah
1 biji putih telur
2 sudu teh gula kaster
1 sudu teh tepung gandum
2 sudu besar adunan dari Bahan A yang telah kita asingkan tadi 


  1. Pukul putih telur bersama 2 sudu teh gula kaster sehingga kembang dan bertanduk (softpeak)
  2. Tambahkan tepung dan kaup balik adunan sehingga sebati
  3. Kemudian kita masukkan pula 2 sudu besar adunan Bahan A yang telah kita asingkan tadi. Gaul rata adunan dengan kaedah kaup balik sahaja.
  4. Masukkan adunan yang telah siap ke dalam piping bag



Sekarang boleh lah kita mulakan proses peringkat ke tiga iaitu , melakar corak atas kek dan diikuti proses penyediaan kek kita.

Sebelum itu panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170C
Aida letak pada rak bawah dan menggunakan api atas dan bawah. 




  1. Potong hujung piping bag. Paipkan atas lakaran corak yang telah kita lukiskan di atas kertas minyak tadi
  2. Setelah siap , bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 1 minit sahaja.
  3. Bila adunan dah masak, keluarkan dari oven dan tuangkan pula adunan coklat tadi
  4. Ratakan hingga ke setiap penjuru loyang
  5. Hentak-hentakkan loyang, untuk menghilangkan gelembung udara yang terperangkap didalam adunan. Bakar adunan di dalam oven pada suhu 190C selama 10 ~ 15 minit sahaja atau sehingga kek kita di masak dengan sempurna.ikut oven masing2...aida nya dlm 20 minit .
  6. Bila kek telah masak keluarkan dan terbalikkan kek kita tadi di atas redai dengan kertas minyak nya sekali. Jangan buka kertas minyak sehingga kek benar-benar sejuk. Bila kek telah sejuk barulah kita tanggalkan kertas minyak tersebut.


Sekarang, bolehlah kita mulakan pula peringkat ke empat.
Bahan Filling
100 gm krim putar bukan tenusu ~ Non Dairy Whipping Cream
100 gm Blueberry Filling ~ jika suka 
Putar krim putar bukan tenusu / Non Dairy Whipping Cream sehingga kental / kaku ( softpeak)
  1. Letakkan kek di atas sekeping kertas minyak dengan corak zirafah di sebelah bawah
  2. Letakkan blueberry filling di atasnya dan ratakan
  3. Letakkan juga Non dairy Whipping Cream yang telah kita putar tadi
  4. Dengan berhati-hati gulung kek membentuk selinder




Balut kek dengan kertas minyak dan simpan di dalam peti ais semalaman atau paling kurang 4 jam sebelum di potong.


Akhir penutup kata selamat  berexperiment dan selamat menikmati SWISS ROLL ZIRAFAH serta sejambak kemesraan dari Aida di SRKM..hingga jumpa lagi di entri yg lain...dahhhh...nyummmm2 sedappp nyaaa....



3 ulasan:

  1. dah buat dah...seronok la kan bila menjadi...sy pun nak cuba gak resepi nie...tp x de time lgi nie...hehe...

    BalasPadam
  2. cuba lah operasi Asyifa..klu menjadi pasti seronokkkkk...

    BalasPadam