Rabu, 5 Disember 2012

SUP TULANG....pengabisan stok tulang daging korban...


Assalamulaikum...wat semua dah makan t/ ari?....
Psstttttt...Hari ini agak lewat operasinya..paham2 je leee..nak merebus tulang2 ni..kihkihkih..alasan le tuuu..tapi sebenarnya kelewatan operasi ari ni lepas beroperasi dari pagi tadi menyiapkan  sebijik kek black forest dan 2 adunan cupcakes Hokkaido .... Alhamdulilah dah siap pun....
Hidangan utk t/ari ni....Sup Tulang Rusuk Korban ...lasted operasi nak abiskan tulang2 daging Korban ari tu....slurpppppp2 sedapnya vs sambal kicap memang kick !....layan je lah ya ..pasti semuanya dah siap makan...:))


SUP TULANG
resipi asal : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 kg tulang lembu (lebih sedap jika digunakan tulang rusuk)
3 biji bawang merah - dimayang halus
1 ulas bawang putih - dimayang halus
2 in halia diketuk
1 rempah sup bunjut@3 sudu besar rempah sup serbuk.
1 1/2 sudu besar lada hitam - ditumbuk
3 biji ubi kentang
garam  secukup rasa
1 btg celery jika suka- tak  ada stok
1 kiub pati ayam
air secukupnya
bawang goreng dan daun sup

Bahan Penumis :
5 kuntum bunga cengkih 
3 biji buah pelaga
1 btg kulit kayu manis 
1 kuntum bunga lawang

Cara-cara:
Bersihkan tulang dan masukkan kedalam periuk bersama air. Sukatan air mestilah sekali ganda lebih dari paras tulang. Masaklah sehingga daging 1/2 empuk. Jgn buka api terlalu kuat kerana ini akan menyebabkan daging di tulang akan menjadi keras dan liat. Sebaiknya gunakan api yg sederhana shj. Masukkan sedikit garam supaya isi daging menjadi lebih sedap.

Ceduk keluar bhg. berminyak yg terdapat dipermukaan air rebusan tulang tersebut. Biarkan sehingga ia sejuk dan masukkan kedalam peti ais. Akan terdapat satu lapisan membeku dibhg atasnya dan bolehlah dibuang, manakala air rebusan yg dibahagian bawah itu dimasukkan kembali kedalam air rebusan tulang. Kaedah ini dapat menghalang mulut/bibir kita menjadi berminyak setelah makan sup tersebut. Kaedah ini juga boleh digunakan jika hendak memasak gulai tulang..

Masukkan rempah sup bunjut/rempah sup serbuk, halia dan ubi kentang. Bolehlah ditambah air jika kuah kelihatan tidak mencukupi. Masukkan juga serbuk lada hitam dan kiub pati ayam.

Dalam kuali berasingan, panaskan sedikit minyak dan tumislah bahan penumis hingga wangi dan masukkan bawang merah dan bawang putih yg telah dimayang. Goreng sehingga bawang tersebut menjadi garing dan curahkan kesemuanya kedalam periuk rebusan tulang (termasuk minyak).

Masukkan celery jika ada dan masukkan garam  mengikut cita rasa masing2. Masaklah sehingga ubi kentang dan daging empuk. (tulang memang tak leh empuk kan.. hehe)

Hidangkan ke dalam mangkuk dan taburlah bawang goreng dan daun sup....jgn lupa sambal kicap pelengkap sup...slurppp2 wallah sedap banget..memang kick ! 







Tiada ulasan:

Catat Ulasan