Assalamulaikum..Dunia masakan sangat luas dan tiada penghujungnya..selagi kita berminat belajar ,mahu beroperasi dan berexperiment yang tiada kenal jemu dan putus asa InsyAllah pasti akan memghasilkan satu masakan sangat sedap dan terbaikkk buat yang tersayang..Aku Bangga dengan Air Tangan ku walaupun ianya tidak seberapa...Tanda kasih sayangku buat My Hubby En.Shamsul Nizam dan anak2 yg teristimewa..Tq juga pada kekawan semua.Salam Sayang dan Sejambak Kemesran dari Aida di SRKM..:))
Khamis, 22 Disember 2011
~~Kueh Cakoi @ batang keramat~~
Kueh Cakoi @ batang keramat wat sarapan aida sefamily ...JOm operasi ..kat kg di panggil kueh Jewerannn sbb sebelum di goreng kena tarik2 tepungnya...saya gentil adunan tepung ..hubby tolong saya goreng dlm kuali...dah siap jom kita MAKANNNNNN...vs sambal kacang manis...dan milo tarik panas...
dah mengembang 2x ganda ni ..nampak dah cantikkkk adunananya ....nak pi gentil2 lah operasi wat kueh cakoi batang keramat ... ilham rasa kak Zue Zunaidah wat sarapan....JOm cuba try operasi dan bermain2 dgn tepung..dah menjadi..jom layannnnnn....mamam panas2 lagi sedappp tak hengat 400g tepung watnya sekali hadap kami anak beranak.....
~~Kueh CAKOI~~
Bahan-bahan :
400 g tepung ~ diayak
1 cawan air
1 sudu besar majerin ~ dicairkan
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
1 kuning telur
2 sudu kecil yis segera - aida guna mauripan 11g
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
minyak untuk menggoreng
Kaedah :
1. Satukan air, majerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis dan soda bikarbonat dalam mangkuk besar. Kacau agar sebati.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan di atas.
3. Ulikan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari. Biarkan selama setengah jam. Bekas berisi doh hendaklah dibalut di dalam beg plastik yang bersih.
4. Canaikan doh setebal 1/2 sm, kalau boleh dalam bentuk segiempat tepat.
5. Potong kepada kepingan bersaiz 1 inci.
6. Rendamkan lidi di dalam air. Tekankan lidi basah tersebut di atas setiap kepingan 1 inci tersebut.
7. Cantumkan dua kepingan dengan bahagian yang bertanda lidi bertemu antara satu sama lain .
8. Panaskan minyak. Tarik kedua-dua hujung cakoi dan goreng hingga keperangan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan