Sabtu, 17 Disember 2011

~~kek Caramel Alunan kasih~~

ehemmmm Alhamdulillah ini lah dia hasilnya kek Caramel Alunan kasihku yg berlapiskan serbuk milo ....operasi pagi tadi dah siap khas utk familys dan mak mertuaku yg akan bertandang ke melaka .....potong sikit nak posing jap....heheh



Gabungan Puding Karemel dan Kek yang lembut di pisah kan dengan lapisan milo/coklat menjadikan Kek Karemel Alunan Kasih begitu menawan. Masih menggunakan resepi Kek Karamel cuma di tambah serbuk koko/ milo sebagai border antara warna-warna kek... aida lebih suka guna serbuk milo sbb sedap lagi pun klu terlebih serbuk koko akan rasa pahit sikit..
Bahan2nya masih sama seperti yg diajarkan oleh munirah bahrom cuma aida lapiskan serbuk milo di setiap lapisan adunan sebelum di bakar macam kek alunan kasih mastura yasak tu......jom tengok resepinya ...jom cuba2 operasi dan jom layannnnnn.....Cake Caramel lemak berkrim......hehehe ..salam sayang dari Aida di SRKM..muahhhhhh :))


~~kek Caramel Alunan kasih~~

Bahan- bahanya :)
(A)
3 sudu besar gula lebih pon bole (utk bt gula hangus)
*tabur gula dlm loyang dan masak atas api perlahan..biar gula hancur dan warna tukar jd perang

(B) - Bahagian Atas
1/2 tin susu cair ...(blh tmbah klu nk karamel tebal ckit)
70gm gula kastor(bole diganti dgn susu pekat)
1/2 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur...

(C) - Lapisan Kek
150gm tepung gandum- aida tambah asalnya 140g
70gm gula kastor
3 bj kuning telur
135ml air biasa
1 sudu teh baking powder (guna sudu KFC)
45ml minyak msk(3 SUDU BESAR)

(D)Merinque
6 bj putih telur
70gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC)/2 SUDU KECIL JUS LEMON/LIMAU- aida guna jus perahan limau kasturi 2 sudu makan .
** serbuk koko/ milo secukupnya ....


Cara menbuatnya:

1. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
2. masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi.
3. pukul bahan (C)
4. pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang n bila kita angkat dia x jatuh...
5. campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..
6.Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak.
7.Warnakan setiap bahagian dengan warna pilihan anda.
8.Masukkan semua 1 bahagian/ warna ke dalam loyang karemel. Adunan kek akan terapung di atas adunan puding .
9.Ayak milo/ serbuk koko memenuhi permukaan adunan kek.
10.Masukkan adunan warna ke 2 di atas serbuk koko/ milo perlahan-lahan supaya serbuk mila tidak bergerak.
11.Kemudian ayak lagi milo / serbuk koko memenuhi permukaan adunan kek.
12.Masukkan adunan warna ke 3 di atas milo / serbuk koko dengan perlahan.

- Bakar dengan suhu 160 degree selama 50 minit atau sehingga kek masak dengan cara bain marie/ double boiler
Setelah masak biarkan kek di dalam oven selama 10 minit atau sehingga keliling kek lekang dari loyang.
-Terbalikkan ke atas pinggan dan kek akan turun sendiri.
-Segera lap lebihan air gula yang meleleh dan di atas puding secara perlahan dan berhati-hati supaya kek tidak basah.
-Potong kek semasa kek benar-benar sejuk dan hidangkan. Sedap di makan selepas disejukkan di dalam peti sejuk. Selamat Mencuba dari Aida di SRKM ..muahhhhh :))
...DAH MAKAN MESTI NAK LAGI dan LAGI dan LAGI......


Tiada ulasan:

Catat Ulasan