Assalamulaikum..Dunia masakan sangat luas dan tiada penghujungnya..selagi kita berminat belajar ,mahu beroperasi dan berexperiment yang tiada kenal jemu dan putus asa InsyAllah pasti akan memghasilkan satu masakan sangat sedap dan terbaikkk buat yang tersayang..Aku Bangga dengan Air Tangan ku walaupun ianya tidak seberapa...Tanda kasih sayangku buat My Hubby En.Shamsul Nizam dan anak2 yg teristimewa..Tq juga pada kekawan semua.Salam Sayang dan Sejambak Kemesran dari Aida di SRKM..:))
Khamis, 15 Disember 2011
~~KERABU JANTUNG PISANG ~~
Menu makan t/ari aida sefamily kerabu jantung pisang , telur mata wat sambal dan ada juga gulai lemak jantung pisang ..psssttt Gulai lemak tu jiran aida yg bagi macam tahu2 je aida teringin nak makan sbb terliuh tgk gulai pisang kak June Ahmad semlm.....ada juga rezeki Alhamdulillah..kenyanggggg...ratah2 kerabu tu wallah mablessssss......
~~ Sapa yg tak kenal Jantung Pisang gini le rupanya ....tp ingat hanya jantung pisang yg boleh di makan saja boleh di masak ya...bukan semua jantung pisang boleh di masak ....ada yg pahit....biasanya jenis jantung pisang nipah/ kepok / kapas / awak lah sangat sesuai di wat masak....kerabu / gulai bukan saja jantung isi dan kulitnya pisang pun boleh aida biasa guna pisang kapas .....sedapppp..yg selalu org wat cucur pisang tuuuuu...
~~ Jantung pisang yg akan di celur / rebus hingga empuk~~
~~ Jantung pisang yg telah di rebus hingga empuk gini le rupanya ...
KERABU JANTUNG PISANG
"Kerabu Jantung Pisang" ni memang sedap dimakan bersama2 nasi hangat, ada ikan masin dan sambal belacan pun dah ok bangettt dehhh!!!....klu dirata2 gitu2 aje pun mablessss...
Bahan Utama :-)
1 biji jantung pisang nipah- belah 4
1 biji bawang besar, hiris halus
2 kuntum bunga kantan, hiris
2 sudu besar udang kering di sangai di tumbuk *
3-4 biji limau kasturi, ambil jusnya - cukup rasa masamnya
2 camca besar kerisik
2 helai daun limau purut, dihiris halus
8-10 biji cili padi*- boleh kurangkan @ ditambah klu nak lebih pedassss..
1 inci belacan, dibakar*
1 camca teh garam*
1 1/2 camca teh gula*
2 batang serai, hiris halus*(*ditumbuk lumat2)
Cara membuatnya :-)
1. Jantung pisang dikupas sehingga jumpa bahagian yang bewarna cerah dan lembut, belah 4 dan celur hingga lembut dalam air bercampur sedikit garam dan 1 keping asam gelugor. Bila lembut, toskan dan biar sejuk. Perah2 sikit biar betul2 kering dan hiris kecil2. Ketepikan.
2. Dalam satu bekas, campur hirisan bunga kantan, bawang, kerisik, daun limau purut . Masukkan bahan2 tumbuk lumat dan gaul rata. Masukkan hirisan jantung pisang dan juga jus limau kasturi, gaul dan sesuaikan rasa. Hidangkan segera....
klu saya pasti makan sepiring dulu....menikmati ratah2 kerabu memang mablessss....heheh
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan