Isnin, 13 Oktober 2014

Kek Kelapa resepi bonda chef Khairi.. nyummmm2...

Assalamulaikum wat semua ... maaf lama tak edit apa2 resepi kat blog SRKM aida ni... sekarang ni agak sibuk sikit dgn anak2 nak periksa dan alhamdulillah dgn tempahan yg tidak putus2 w/p tak banyak....syukuran...
Alhamdulillah.. tayang perdana sebelum tido... compom mlm ni saya tido lena dan tak mengigau Suhaida Hashim , Atif Shahieka... Terima kasih abg long Khairi Mansor w/p busy tp dpt jugak sumbangankan resepi bondanya kat kita org ... memang wallah nyumm2 ...anak2 tak sabar ..suam2 lg dah minta dipotong sbb mamanya lama tak membaking kek... Layannnn.. kek kelapa memalam ni ..terselit juga si bunga kejung wat penyeri ... 
** tinggal 1/2 tu dpt ke wat sarapan esok??...
 — berasa disayangi 


Kek Kelapa 
---------------
1 cawan gula kastor
1 cawan margerine
3 bj telor 'B'
1 tbs essane Ros
1 tbs susu pekat
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung naik sendiri (s/rising flour)
Pewarna kuning
1/4 cawan kelapa kering yg diwarnakan merah/hijau

Cara:
1-Pukul margerin bersama gula hingga kembang
2-masukkan telor satu persatu sambil terus dipukul
3-masukkan esen & susu pekat
4-masukkan tepung dan kacau rata bersama sedikit pewarna kuning.
5-masukkan kelapa kelapa dan kacau perlahan.
6-Masukkan kedalam loyang berukuran 8in.
7-Bakar dgn suhu 170c utk 30-45mnt..

Selamat mencuba





 —

5 ulasan:

  1. sedap ye..kek kelapa..

    salam perkenalan kak :)

    jemput ke blog nana

    BalasPadam
  2. terima kasih nana... INsyAllah saya follow...

    BalasPadam
  3. Wah aida nampak sedap kek Kelapa .memg terbaik Resepi Dari bonda chef.jemput ke blog ak misahrahman

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Terima kasih bg resipi
    sekejap lagi nak cuba buat kek kelapa ni...
    Salam kenalan & salam Ramadhan buat semua

    BalasPadam