Assalamulaikum..Dunia masakan sangat luas dan tiada penghujungnya..selagi kita berminat belajar ,mahu beroperasi dan berexperiment yang tiada kenal jemu dan putus asa InsyAllah pasti akan memghasilkan satu masakan sangat sedap dan terbaikkk buat yang tersayang..Aku Bangga dengan Air Tangan ku walaupun ianya tidak seberapa...Tanda kasih sayangku buat My Hubby En.Shamsul Nizam dan anak2 yg teristimewa..Tq juga pada kekawan semua.Salam Sayang dan Sejambak Kemesran dari Aida di SRKM..:))
Selasa, 5 Julai 2011
~~Mee Kari Aida ~~
Bahan-bahan ( 4-5 orang makan )
mee kuning - celur sekejap
300g potongan ayam/daging
200g udang segar
*1-1/2 biji bawang besar
*2 ulas bawang putih
*2 atau lebih tangkai lada merah - leh juga gune cili kering
* 1 inci halia
* 1 inci lengkuas
rempah tumis 4 sekawan
2 sudu besar pes kari daging
1 batang serai - ketuk
1 tangkai daun kari
2 sudu besar kerisik
1-2 ketul kiub ayam
1-2 keping asam gelugur
santan pekat
air
fish ball/fish cake
200g kerang direbus -
garam, perisa/gula (jika suka)
>>Bahan-bahan sampingan<< sawi - celur ngan pokok2 skali then potong 3cm taugeh - buang ekor telur rebus - belah empat tauhu goreng - hiris nipis bawang goreng, daun bawang, hirisan cili ijau dan merah. limau kasturi / limau nipis sambal tumis Cara-cara 1. Blend bahan yang bertanda *. 2. Tumis bahan2 tersebut dan juga bhn2 rempah tumis hingga naik minyak. 3. Masukkan ayam/daging dan juga air. rebus hingga empuk. 4. Masukkan pes kari daging, serai, daun kari, kiub ayam,asam gelugur dan juga santan. didihkan sebentar. 5. Masukkan pula udang, kerang, fish ball,kerisik,garam dan juga perisa/gula jika suka. 6. Didihkan lagi sekali. tutup api. 7. Hidangkan mee bersama2 bahan2 lain dan curahkan kuah atas mee dan slurpppp..slurpppppp wallah powerrr......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan