Assalamulaikum..Dunia masakan sangat luas dan tiada penghujungnya..selagi kita berminat belajar ,mahu beroperasi dan berexperiment yang tiada kenal jemu dan putus asa InsyAllah pasti akan memghasilkan satu masakan sangat sedap dan terbaikkk buat yang tersayang..Aku Bangga dengan Air Tangan ku walaupun ianya tidak seberapa...Tanda kasih sayangku buat My Hubby En.Shamsul Nizam dan anak2 yg teristimewa..Tq juga pada kekawan semua.Salam Sayang dan Sejambak Kemesran dari Aida di SRKM..:))
Selasa, 5 Julai 2011
~~PECAL mak mertua ku ~~
Resepi pecal Mak Mertuaku memang power....ditambahkan lagi dgn keharumana cekur wallah perahhhhh terangkatt....klu dah ratah sepiring tak hengat...memang sedappppp....Jom Layan PECAL...
BAHAN-BAHAN PECAL (ANGGARAN SAHAJA) :-)
Pucuk ubi, dicelur lembut, tos dan bila sejuk perah airnya
Kacang panjang, kerat2 1inci dan celur sekejap, toskan
Timun, hiris memanjang
Senkuang, hiris memanjang
Tauhu, goreng dan hiris
Tempe, goreng dan hiris (tak de stok)
Taugeh, buang ekor dan celur sekejap, toskan
BAHAN KUAH :-)
kacang tanah
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji isi cekur dan 3 helai daun cekur
1 inci belacan, dibakar
10 biji cili padi
Air asam jawa secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-)
1.UNTUK KUAH :- Kacang tanah, disangai hingga rangup, buang kulit dan kisar hingga hancur. Bawang merah dan bawang putih, digoreng, Goreng juga cili padi, angkat dan toskan. Kemudian kisar bahan untuk kuah kecuali jus asam jawa, kacang tanah, garam dan gula. Kemudian gaul bahan kisar tadi dengan kacang tanah, tambah air asam secukupnya, tabah garam dan gula secukup rasa, jika perlu tambah air. Kuah perlu sederhana cair dan perlu ada rasa pedas, masam, masin dan manis (manis kena lebih sikit). Kacau rata dan ketepikan.
2.UNTUK PECAL :- Susun semua bahan2 sayur untuk pecal dalam bekas sesuai, tuang kuah secukupnya dan gaul rata. Hidangkan segera sebagai pembuka selera
kecur tgk pecal ni aida!!!
BalasPadamya cha ratah2 aje sedapppp..jom layan pecal..:))
BalasPadam