Rabu, 26 Ogos 2015

Rendang Ayam Pedas - Periuk Noxxa



Rendang Pedas Ayam,..dengan Periuk Noxxa cepat dimasak dan sedap utk dinikmati..

Assalamualaikum...

Hari ini saya ingin kongsi satu lagi resepi yang dimasak menggunakan Periuk Tekanan Elektrik Berbilang Fungsi Noxxa atau mudah disebut Pressure Cooker Noxxa. Sejak ada periuk ajaib ini, teruja pula nak bereksperimen memasaknya dengannya. Memang mudah dan menjimatkan masa. Apa yang penting kita mesti tahu fungsi butang pada panel kawalan periuk tersebut dan cara settingnya.

Kalau dulu kita memasak rendang di dalam kuali dan mengambil masa agak lama untuk ayam empuk, tetapi sekarang dengan menggunakan periuk ajaib ini hanya mengambil masa 8 minit untuk ayam empuk. Tidak sampai 1/2 jam telah boleh dihidangkan. Resepi Rendang Pedas Ayam yang ingin saya masak ni guna resepi daripada kak June Ahmad..terima kasih kak june....




Bahan-bahannya:
1 ekor ayam dibersihkan adan dipotong - potong
1 kilo santan pekat
150 gram kerisik
2 batang serai - diketuk
2 helai daun kunyit - dihiris halus
2 keping asam gelugor /air asam jawa
2 sudu besar gula perang
Garam secukup rasa


Bahan-bahan dikisar:
Bahan Blend
4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
2 inc. halia
1 inc. lengkuas
3 batang serai
3 biji buah keras
5 sudu cili kering kisar
1/2 sudu lada hitam
1/2 sudu besar jintan putih, manis dan ketumbar disangai
Air secukupnya
(Bahan-bahan di atas disatukan di dalam blender dan dikisar halus)

Bahan Tumis
sedikit setiap satu 4 sekawan (kayu manis, cengkih, pelaga, bunga lawang)
4 ulas bawang merah - mayang
4 ulas bawang putih - mayang
Minyak



* On periuk Noxxa dan tekan butang stir fry. Masukkan minyak. Tumis 4 sekawan dan bawang hiris hingga wangi. Masukkan serbuk kari dan cili giling, tumis hingga garing sedikit. Masukkan bahan blend, tumis lagi hingga naik minyak. Off periuk dengan menekan butang On Off.



1. Masukkan semua bahan yang dikisar di dalam periuk dalaman.



* Masukkan ayam, asam keping dan santan. Gaul rata ayam dan rempah tumis. On periuk semula dan tekan butang high pressure, setkan masa yang dikehendaki (saya set 7minit). Pasang penutup, rapatkan dan pusingkan nob ke arah pressure.







* Bila high pressure dah settle, pusingkan nob ke arah steam dan biarkan wap keluar sebelum membuka penutup.


* Masukkan gula, kerisik, daun limau dan daun kunyit. Sebab saya nak rendang yang agak kering. Saya masak hingga kering guna stir fry method.


* Tekan butang stir fry dan tumis seketika untuk memasak rendang hingga kering. Akhir sekali masukkan garam dan sesuaikan dengan rasa yang diingini. Tekan butang On Off untuk stopkan proses.




Alhamdulillah...siap untuk dihidangkan, senang jer sebenarnya kalau dah biasa guna.
Alhamdulillah. ..Hari ini wat  rendang ayam pedas menggunakan periuk Noxxa. ..utk hidangan kami sefamily. .nyummm2. .and delicious. ..Alhamdulillah. ..









1 ulasan:

  1. Wow! Sedapnye. Sapa nak beli periuk nih harga kaseh sayang mai order ngan akak. Pm 019-2494819. Tq

    BalasPadam