Jumaat, 21 Jun 2013

KEK PADANG BOLA @ ABSOLUTE CHOCOLATE CAKE... Sempena Bithday Abg Angah Syafiq & Hari Bapa Ayah Shamsul...17/6/2013..Alhanmdulillah


Assalamulaikum pada semua....Selamat Hari lahir Abang Angah M.Syafiq Hafizuddin Syafiq Hazard dan selamat Hari Bapa diucapkan utk my Love hubby En. Shamsul Nizam Md Salim...harapan dari mama semoga angah menjadi anak yg soleh , diberkati dan dirahmati selalu...dan hidup dibertakti didunia dan diakhirat..serta berbahagia hingga ke mahliga syurga hendaknya....SAYANG ku hingga hujung Nyawa.....♥♥ 10q atas segala2nya....muahhhhh  —  di My Sweet Home / Rumahku Syurgaku..




Hari ini aida cuba beroperasi kek yang tertunda experimentnya ABSOLUTE CHOCOLATE CAKE kerana menanti abg ngah balik dari asrama ... utk kek padang bola sempena Hari lahir anak aida yg ke-2 Abg Ngah Syafiq...telah selamat dilahirkan pada 17/6/2000 .kina telah genap usianya 13 thn....dan juga sempena meraikan bersama2 hari bapa utk my love hubby En.Shamsul Nizam...Sumber resepi dari kak Azlita Aziz.....10q kak kek yg sungguh sedap dan kami sefamily memang mengemari kek yg berasaskan bahan2  coklat.memang lajuuuu......



Rupa  sebenar ABSOLUTE CHOCOLATE CAKE pic ni Aida pinjam sebentar dari pic Blog kepunyaan  kak Azlita....Cantik dan sungguh menawan kan keknya...Jom kita risik2 resepinya dan Jom operasi ..Jom layannnnnn....nikmatttiiii.....:)



ABSOLUTE CHOCOLATE CAKE: Azlita Azizi 
Kek Coklat Mouse

Bahan A
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
Satukan semua bahan
Kemudian ayak
Ketepikan

Bahan B
3 biji telur A saiz
400 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung

Untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lebih lembut, bolehah tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis. 

Bahan D
250 ml air panas

Satukan semua bahan B
Pukul hingga putih
Masukkan minyak dan susu cair, jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis
Pukul hingga sebati
Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula.
Tambahkan air panas dan gaul rata
Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak

Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C
Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar.
Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih.
Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna.
Jika tidak tambahkan lagi masa membakar. 
Sejukkan kek atas redai setelah masak
Potong kek kepada 3 atau 4 kepingan












Chocolate Mousse ( lapisan diantara layer kek) 

3 biji kuning telur
100 gm coklat masakan gelap
8 gm gelatin
30 ml air
250 gm Krim bukan tenusu
1 sudu teh esen vanilla
50 gm coklat masakan gelap di cincang kasar

Cairkan gelatin, kaedah untuk cairkan gelatin 

Cairkan 100 gm coklat masakan kaedah kukusan (double boiler)
Masak telur kuning dengan kaedah kukusan sambil sentiasa dikacau hingga berkrim
Tuangkan gelatin dalam kuning telur dan gaul rata
Tuangkan pula coklat cair dan kacau rata, ketepikan
Dalam bekas lain putar krim bukan tenusu hingga kental
Tuangkan 1/3 adunan dalam adunan coklat dan kaup balik rata
Tuangkan baki adunan dan esen vanilla dan kaup balik sempurna

Ganache Coklat Krim **-part ni aida tak wat..tp aida gantikan dgn Butter cream  dan FC utk melepa wat rumput dipadnag bola 

125 ml krim tenusu
20 gm sirap glukos
200 gm coklat masakan gelap
15 gm mentega

Panaskan krim dan sirap glukos hingga berbuih kecil tepi periuk
Tuangkan dalam coklat yang di cincang terlebih dahulu
Kacau rata
Tambahkan mentega dan gaul sempurna
Sejukkan 
Kemudian pukul hingga berkrim

Kaedah penyediaan

Letakkan sekeping kek atas lapik kek
Basahkan permukaan kek dengan sedikit air nescafe ( sedikit sahaja untuk melembabkan kek)
Kemudian ratakan Coklat Mousse atas lapisan kek
Taburkan pula dengan coklat masakan yang dah di cincang kasar
lapikkan pula dengan sekeping lagi kek coklat
Ulang proses yang sama hingga habis
Akhir salutkan keseluruhan kek dengan mousse coklat
Simpan sebentar dalam peti ais paling kurang 4 jam

Salutkan pula kek dengan Ganash Coklat Krim - **part ni aida tak wat..tp aida gantikan dgn Butter cream dan FC  utk melepa dan wat rumput dipadang bola tu......
Deko kek anda mengikut kreativiti
Simpan dalam peti ais hingga ganache mengeras
Ayak serbuk koko atas kek sebelum dihidangkan jika suka



 Deko le ikut kreativiti masing2..Aida main picit je ni...dah tema padang bola colour pun hijo semua senang kejaaaa.....set padang bola tu aida beli lah  di kedai bakery ada di jual....atur dan letak je patung2 tu...boleh di lihat,,,,tapi tak boleh di makannnnnn....hahaha patung2 plastikkk jeeeeeee.....






SeLaMaT hArI LaHiR,mOgA pAnJaNg UmUr DaN MuRaH ReZeKi,SuKsEs SeLaLu(^_^). Abang Angah M.Syafiq Hafizuddin Syafiq Hazard dan selamat Hari Bapa diucapkan utk my Love hubby En. Shamsul Nizam Md Salim...harapan dari mama semoga angah menjadi anak yg soleh , diberkati dan dirahmati selalu...dan hidup dibertakti didunia dan diakhirat..serta berbahagia hingga ke mahliga syurga hendaknya....SAYANG ku hingga hujung Nyawa.....♥♥ 10q atas segala2nya....muahhhhh 
 


Akhirnya sambutlah salam sayang juga dari Aida di "Sentuhan Rasa Kasih Mama" wa semua ....dahhh hingga jumpa lg di entri yg lain...muahhhhhhh <3 :)

2 ulasan:

  1. salam kak..

    cantiknya kek padang bola tu..dengan flavour coklat..rasa kek ni mesti sangat sedap..

    BalasPadam
  2. wsalam...memang sedap wana...kaya dgn rasa coklat....

    BalasPadam