Khamis, 6 Disember 2012

Black Forest cakes..operasi lagi....



Alhamdulillah sebuku kek dah siap deko yg simple je mlm ni....esok ada sikit lagi persiapan operasi yg perlu disiapkan sebelum mlm kenduri kesyukuran sempena anak dah selamat berkhatan dan dah sembuh serta meraikan u/ thn perkahwinan saya serta hari jadi anak yg sulung dengan jemaah dan AJK surau taman saya ...dah boleh tido lena mlm ni....semoga dipermudahkan nanti.....InsyAllah...



 Pssttt sebenarnya dlm bulan ni je rasa2nya dah 3 kali wat kek ni .....ni yg ke 4 kali...anak2 saya suka kek ni sedappp macam kat kedai katanya ..


Black Forest cakes

Bahan- Bahannya :)
120 gm gula kastor
100 gm tepung gandum
20 gm serbuk koko - kekadang saya bubuh perisa lain.. pandai le letak ikut citrasa sendiri ...
4 biji telur
10 gm ovalette
20 gm air (saya guna air sejuk yang telah dimasak)
1 sk esen vanila
20 ml minyak jagung 


Untuk hiasan : Nondiary whipping cream (dipukul sehingga kembang-, Jem blueberry (buah) Ceri merah, Chocolate rice (sorilah campur-2 bahasa)

Cara-cara
-Campurkan kesemua bahan kecuali minyak. Putar pada kelajuan tinggi selama 10-15 minit.

-Perlahankan putaran, masukkan minyak.

-Griskan loyang, masukkan adunan dan bakar selama 30-35 minit.

-Sejukan kek, potong 2 @3 lapisan. Letak filling / jem yg di sukai dan Sapu krim .wat utk lapisan kek yg lain  hingga abis - Aida guna jem stowberi 

Naikkan kek atas lapisan yang telah dikrim tadi dan sapu semua bahagian kek dengan krim. .

Hiaslah mengikut citarasa kita.


** Bila dah siap hati  jadi girang...sungggh menawan dan tertawan sekali ..yg lebih hapi anak2 suka .
Salam sayang dari aida di SRKM dan jom layan BFC yg sungguh sedap dan menawan ini ......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan