Assalamulaikum..Dunia masakan sangat luas dan tiada penghujungnya..selagi kita berminat belajar ,mahu beroperasi dan berexperiment yang tiada kenal jemu dan putus asa InsyAllah pasti akan memghasilkan satu masakan sangat sedap dan terbaikkk buat yang tersayang..Aku Bangga dengan Air Tangan ku walaupun ianya tidak seberapa...Tanda kasih sayangku buat My Hubby En.Shamsul Nizam dan anak2 yg teristimewa..Tq juga pada kekawan semua.Salam Sayang dan Sejambak Kemesran dari Aida di SRKM..:))
Jumaat, 7 Oktober 2011
~~ Pecal Citrasa Aida ~~Jom layannnnnnn ........
Assalamulaikum dan salam sayang dari Aida di SRKM....apa kabar semua ?..harapan aida semoga semuanya dlm keadaan sihat walafiat ..bagi yg kurang sihat tu jgn lupa berjumpa doktor ...makan ubat dan take care ya....semoga cepat sembuh didoakan...
Dah makan t/ari belum?....menu t/ari Aida untuk hari ini 7/10/2011 ,simple dan mudah saja...cuma wat pecal dan ikan Cencaru Bakar bersama perencah Sambal Aqila kiriman kk Enjit Enjit Semut tempohari yg masih ada berbaki lagi....Aida tak nak cerita ikan bakar..nak kongsikan wat pecal adik -beradik Gado2 kot....klu ratah wallah sodappp....Makan pun tak hengatttttt....klu cili padi lebih lagi terangkat pedasss kuahnya...pasti ummppppppp....Jom lah kita tengok resepinya ...
~~ Pecal citrasa Aida~~
BAHAN-BAHAN PECAL (ANGGARAN SAHAJA) :-)
Sayur yg di celur dan toskan :
seikat kangkong
secekak pucuk ubi,
Taugeh, buang ekor
Kacang panjang
Tambahan lain:
Timun, hiris memanjang
Tauhu, goreng dan hiris
Tempe, goreng dan hiris
BAHAN KUAH :-)
segemgam kacang tanah
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji isi cekur dan 3 helai daun cekur - klu tak ada ni memang tak sedap dan xumpppp pecal kita
1 inci belacan, dibakar
10 biji cili padi - klu nak pedas lagi pandai2 le tambah ya....
Air asam jawa secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-)
1.UNTUK KUAH :- Kacang tanah, digoreng hingga rangup, buang kulit dan kisar hingga hancur. Bawang merah dan bawang putih, digoreng, Goreng juga cili padi, angkat dan toskan. Kemudian kisar bahan untuk kuah kecuali air asam jawa, kacang tanah, garam dan gula. Kemudian gaul bahan kisar tadi dengan kacang tanah, tambah air asam secukupnya, tabah garam dan gula secukup rasa, jika perlu tambah air. Kuah perlu sederhana cair dan perlu ada rasa pedas, masam, masin dan manis (manis kena lebih sikit). Kacau rata dan ketepikan.
2.UNTUK PECAL :- Susun semua bahan2 sayur untuk pecal dalam bekas sesuai, tuang kuah secukupnya dan gaul rata. Hidangkan segera sebagai pembuka selera...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan