Assalamulaikum..Dunia masakan sangat luas dan tiada penghujungnya..selagi kita berminat belajar ,mahu beroperasi dan berexperiment yang tiada kenal jemu dan putus asa InsyAllah pasti akan memghasilkan satu masakan sangat sedap dan terbaikkk buat yang tersayang..Aku Bangga dengan Air Tangan ku walaupun ianya tidak seberapa...Tanda kasih sayangku buat My Hubby En.Shamsul Nizam dan anak2 yg teristimewa..Tq juga pada kekawan semua.Salam Sayang dan Sejambak Kemesran dari Aida di SRKM..:))
Khamis, 29 September 2011
~~Kari Ikan merah~~
** Menu dah lama terperap ..baru ni diadaptasikan di SRKM...**
Lauk Aida utk hari 13/2/11...Kari Ikan merah ...Hari ini aida teringin utk merasa bagaimana rasanya kari guna rempah ratus yg diwat dan di kisar sendiri yg di ajarkn oleh kk Roselinda Abdullah ..wallah perahhhhhhh memang sungguh sedap sekali TQVM kk Rose...ianya memang mablesssss kata anak2 dan my hubby..lepas ni klu tak ada serbuk kari segera tu dah tak risau lagi lah ya Ayang nak masak kari ...kita boleh wat sendiri kata my hubby..hahahahh .Jom kita layan kari ikan merah ini.......yummiiiiiiii :)
Aida percaya Teman2 ada resepi yg lebih sedap lagi ..tapi Aida nak share jer..... Masak ikan Kari...citrasa aida ni...dah terlanjur masak tu aida poskan lah picnya....
Bahan2nye ...
Bahan A kita wat dulu dan ketepikan ..
(ni resepi dari kk Rose macam mana nak wat rempah kari sendiri Aida cuma copy dan paste saja TQVM kk Rose.....♥ muahhh
2 sudu besar ketumbar *
2 sudu teh jintan putih*
1/2 sudu teh jintan manis*
1/2 sudu teh lada hitam
1 kerat kayu manis
10 tangkai lada kering ( Aida guna 2- 3 sudu lada yg telah di kisar)
dan seinci halia ini aida tambah...
- bahan2 * ni disangai di kuali..hingga naik bau dan garing ....Pastu saya kisar halus kesmuannya ......Bila da kisar...saya campurkan dalam 1 sudu besar serbuk kunyit...dan ketepikan
~~ Masak Kari Ikan Merah ~~citra rasa aida
Bahannya :)
baru1 ekor ikan merah, dibersihkan dan potong ikut suka
BAHAN2 TUMIS:-
2 ulas bawang putih, dihiris halus
1/2 biji bawang besar, dihiris halus
1 camca teh halba campur (terdiri dari halba, jintan putih/kasar dan biji sawi)
2 tangkai daun kari
BAHAN2 LAIN:-
2 keping asam gelugor / air asam jawa secukupnya
2 biji kentang kupas kulit dan dipotong dan goreng separuh masak
3 biji tomato, dibelah dua
pati santan (Aida guna santan kotak)
Garam, dan serbuk perasa (jika suka)
2 biji cili merah/hijau, dibelah dua, jgn putus
Cara-cara
-Bersihkan ikan, , cuci bersih dan toskan.
-Panaskan 1/2 cawan minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga wangi. Masukkan rempah yg telah kita wat tadi ( bahan A) dan masak hingga terbit minyak. Gunakan api perlahan.
Masukkan air sedikit , dan kacau. Biar hingga mendidih. Masukkan ikan, asam gelugor dan perasakan dgn garam, dan serbuk perasa jika suka.
Bila mendidih, masukkan pati santan, kentang, tomato dan belahan cili hijau dan merah. Biar mendidih seminit dua. Matikan api dan klu semuanya dah ok secukup rasa boleh dihidangkan panas2.
Selamat Mencubaa..jom layannnnnn..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan