Pudding Kasih Bertaut pelengkap hidangan berbuka pose utk ari ini 8/8/2011 ...masuk hari yg ke 8 hari ini kita berpuasa ...10Q Puan Azlita Aziz atas perkongsian resepinya yg memang wallah sedapp dan mencuit hati ..:)) ♥♥.
Untuk berexperiment dgn puding ni tak lah susah sangat.. bahan2 nya pun mudah ... kebanyakkan puding ni bila kita buat dia perlukan kreativiti untuk membuatkan ia lebih menarik.. macam2 sebenarnya kita boleh gayakan.. ikut kretiviti dan imiginasi masing - masing ...
Kasihnya Ibu membawa ke Syurga..kasihnya Ayah sanggup berkorban apa saja ..kasihnya anak2 harap2 menjadi anak2 yg soleh dan soleha yg dapat mendoakan ibu bapa jika telah tiada di dunia ini pergi wat selama2nya mengadap yang Maha Esa .....Mudah2 bergitu lah doa yg selalu ku pohonkan ....semoga Allah yg Maha pengasih dan penyayang mendengarnya....
Resepi puding ni dikongsikan oleh Puan Azlita Aziz dari blog Masam Manis...10Q kak Azlita .. kerana sudi berkongsi resepi yg menarik... tertarik... debommmm... hingga menguggat keinginan ku utk berexperiment dan beroperasi.. Akhirnya puding terlaksana juga sememangnya sedap dan nyaman aje lalu di tekak utk Aida berbuka pose sefamily sebagai pemanis mulut ...Aida minta izin tuk di Adaptasikan di SRKM ....dan sambutlah salam sayang dari Aida di sini..Jgn PENGSANNNN.....Jom tengok resepinya ..jom mula operasi dan jom layannnn Pudding Kasih bertaut macam juga SentuhanRasa KasihMama ini....MUAHHHHHH :)
Tengok tu bertapa cantikkk dan berkilat ..sungguh terpersona ku memandangnya....bak cermin....di sebalik bayang2....heheh
~~PUDDING KASIH BERTAUT~~
Bahan-bahan A
1/2 paket @ 2 sudu kecil serbuk agar-agar (dari sepaket 10 gm serbuk agar-agar)
300 ml air
200 ml santan
1/2 cawan gula
1 biji telur
2 sudu kecil sirap Rose
2 sudu kecil perisa pandan + pewarna hijau
Warna ni boleh ikut selera kita
Cara Bahan A
Masukkan serbuk agar-agar, gula pasir dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api.
Pecahkan telur ke dalam santan dan kocak sikit dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (beware!! atas api perlahan tau!) Setelah mendidih, tutup api.
Bahagi larutan agar-agar kepada 2 bahagian dan masukkan ke dalam bekas yang berlainan. Masukkan sirap rose pada satu bahagian dan perisa pandan pada satu bahagian lagi. Kacau sebati dan biarkan ia mengeras. Kalau nak puding cepat mengeras, masukkan ke dalam peti sejuk.
Setelah keras, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan kesemua potongan itu ke dalam satu bekas lain yang lebih besar.
Bahan-bahan B
1/2 paket serbuk agar-agar (lebihan dari paket agar2 di atas tadi, dlm 2 sudu kecil juga)
500 ml air
1/4 cawan gula
50 gm gula melaka 1 helai daun pandan (disimpulkan)
Cara Bahan B
Masukkan daun pandan ke dalam periuk bersama serbuk agar-agar, gula melaka, gula pasir dan air ke dalam periuk. Masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.
Cara Menyediakan Puding
Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan boleh disejukkan di dalam peti ais...mamam sejuk2 baru terasa wallahh....heheh :))
Tiada ulasan:
Catat Ulasan