Sabtu, 13 Ogos 2011

~~Daging Masak Hitam Manis~~


Daging Masak Hitam Manis lauk Juadah berbuka puasa Aida sefamily 12/8/2011.....Juadah berbuka puasa Aida sefamily 12/8/2011.....Daging Masak Hitam Manis , sayur kobis tumis air dan pengat pisang Cendawan Tiram Goreng Tepung Rangup pelengkap hidangan berbuka pose utk hari ini... 10Q pada kk Sri Anda Salleh yg sudi berkongsi resepi cendawan tepung ni...wallah memang sedap dan mebles sekali w/p hidanganya simple saja ...Alhamdulillah telah selesai berbuka selamat 12 hari kita berpuasa....:))"SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DAN SELAMAT BERBUKA POSE diucapkan pada semua ..dan Jgn lupa bangun bersahur ya.....:)Alhmadulillah setakat hari ini telah sempurna sudah 12 hari kita menjalani ibadah pose dgn penuh kesabaran dan keinsfan...

klu makan dgn nasi putih memnag terbaikkk ..boleh juga di makan dgn nasi empet / ketupat segara wallah memang meblesss ..sungguh yummiii....tak mahu cerita banyak ..jom le tengok resepinya......Jom operasi dan jom layannnnn :)) sambutlah salam kemesraan dari Aida di sini....

~~Daging Masak Hitam Manis ~~

Bahan:-
1/2 kati daging batang pinang - dipotong dan direbus bersama kicap (air rebusan disimpan)
1/2 cawan kicap manis (cap Kipas Udang)
3 sudu besar cili kering yang telah dikisar (Kalu nak pedas, tambah lagi)
Bahan A - (asingkan kepada 2 bahagian)
• 3 sudu besar jintan manis ] disangai dan
• 3 sudu besar jintan putih ] dikisar halus
• 3 ulas bawang putih }
• 4 ulas bawang merah } dikisar
• sedikit halia }
• Bunga lawang
• kulit kayu manis
• buah pelaga
• asam keping
.gula secukupnya
• Minyak masak

Cara Memasak:-
1. Daging yang dipotong/dihiris nipis direbus bersama kicap (simpan air rebusan).
2. Bila daging telah empuk, gaul dengan sebahagian bahan-bahan A. Goreng sekejap sahaja.
3. Asingkan daging ke dalam pinggan. Tumis pula lebihan bahan A tadi. Masukkan cili kering, kacau sebati.
4. Masukkan daging dan air rebusan tadi. Gaul rata. Masukkan asam keping, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelag a dan gula .
5. Masukkan kicap pekat manis jika ingin nampak daging lebih hitam.
6. Biarkan mendidih sekejap dan kuah agak pekat. Angkat.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan