Assalamulaikum..Dunia masakan sangat luas dan tiada penghujungnya..selagi kita berminat belajar ,mahu beroperasi dan berexperiment yang tiada kenal jemu dan putus asa InsyAllah pasti akan memghasilkan satu masakan sangat sedap dan terbaikkk buat yang tersayang..Aku Bangga dengan Air Tangan ku walaupun ianya tidak seberapa...Tanda kasih sayangku buat My Hubby En.Shamsul Nizam dan anak2 yg teristimewa..Tq juga pada kekawan semua.Salam Sayang dan Sejambak Kemesran dari Aida di SRKM..:))
Isnin, 11 Julai 2011
~~Urap Pengaga dan Pucuk Ubi ~~
Urap memang sedap dimakan bersama dgn nasi putih @ ratah gitu saja....aida klu dah operasi wat urap dah siap klu tak ratah sepiring .. memang tak sah....pasti nak ratah sepiring baru ada umpppppp...makan pun tak hengat org lalu ..heheh....Ada pelbagai daun2 yg org wat urap.....Kali ii ada nak share wat urap Pengaga + pucuk ubi....jom operasi wat urap..dan jon layannnnn...salam sayang dari Aida di SRKM....
Pengaga ni banyak khasiatnya...
Pucuk Ulam Raja klu makan dgn sambal belacan pun wallah..ada umppppphh...
Pucuk ubi dah tak perlu kata 2apa ..semua org tahu dan kenal banyak kegunaanya...klu makan lagi aje....tak hengat...JOm kita operasi dan layan "Urap pengaga dengan pucuk ubi ini...
Bahan2nya:
pucuk ubi- di rebus dan kerat kasar2..
Pengaga - bersihakan dan cuci
daun ulam raja...bersihkan dan cuci..
1 cawan ( agak2 saja ) kelapa parut putih
garam + gula secukupnya.
1 labu bawang besar- di goreng dan di tumbuk lumat
5 ulas bawang putih- di goreng dan di tumbuk lumat
beberapa biji isi cekur- di tumbuk lumat
2 @ 3 helai daun cekur- hiris halus
2 sudu udang kering -di rendam di tumbuk lumat
10 biji cili padi + 2 biji lada merah- ditumbuk lumat boleh di tamba jika nak lagi pedas....
1/2 cm belacan -dibakar dan di tumbuk lumat juga.....
1 inci kunyit hidup
caranya:-
- Rebus pucuk ubi hingga lembut, toskan dan biarkan sejuk, perah airnya dan hiris kasar
- Pengaga dan ulam raja dicuci dan toskan.
- Gaulkan kelapa parut bersama bahan2 ditumbuk lumat , tambakan garam dan gula secukupnya.
- Masukan pucuk ubi , Pengaga dan ulam raja dan gaul hingga rata.
- Masukan dalam kuali dan goreng tanpa minyak selama 2-3 minit , gunakan api yg sederhana , jgn layu sangat sekejap saja ...klu dah ok cukup rasanya .. Masukan dalam bekas dan siap di hidangkan..urap sedap di makan dgn nasi putih hangat dan lauk2 lain ..lebih umpppp diratah bergitu saja....syokkkk....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan