Assalamulaikum..Dunia masakan sangat luas dan tiada penghujungnya..selagi kita berminat belajar ,mahu beroperasi dan berexperiment yang tiada kenal jemu dan putus asa InsyAllah pasti akan memghasilkan satu masakan sangat sedap dan terbaikkk buat yang tersayang..Aku Bangga dengan Air Tangan ku walaupun ianya tidak seberapa...Tanda kasih sayangku buat My Hubby En.Shamsul Nizam dan anak2 yg teristimewa..Tq juga pada kekawan semua.Salam Sayang dan Sejambak Kemesran dari Aida di SRKM..:))
Sabtu, 16 Julai 2011
~~Popia Basah~~
Popia Basah ..Jom cuba opersi dan wat ....nak watnya perlu kesabaran yg tinggi dan mesti pandai mengayakan tangan semasa meleser tepung ke dlm kuali ...perlu study terlebih dahulu..InsyAllah klu dah biasa nanti boleh meleser tepung dengan cepat dan cantik kulit popianya...Untuk mendapatkan kulit popia yg cantik lebih baik guna Non -Stick Pan yg dipanaskan terlebih dahulu dgn api yg kecil saja dan tepung pastikan kental dan melekat2....Jgn sapu pan dengan minyak nanti tepung tak melekat dlm pan sbb licin ! ....Selamat berexperiment ..Selamat operasi dan Jom layannnnnn ...Salam sayang dari Aida Di SRKM.... :) <3 Ini dia bancuhan nak wat kulitnya dia mesti kental
Bahan-bahan ( 12 keping )
Bahan untuk kulit*
2 cawan tepung gandum
1 biji putih telor
3/4 cawan air
2 sudu makan cuka
secubit garam
Bahan untuk inti** (boleh buat inti ikut suka atau cara tersendiri)
kobis - diricih halus, taugeh buang ekor , kacang panjag potog bulat nipis.
2 biji sederhana carrot - disagat halus
1 biji sederhana bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu makan udang kering/ Udang geragau secukupnya
garam secukupnya
minyak untuk menumis
**Blend bawang besar+bawang putih+udang kering. klu gunakan udang geragau segar tak perlu di blande .Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan blend tadi. Kemudian masukkan udang geragau , sos tiram garam. Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga layu dan kering ...dan angkat dan sejukan..
Bahan untuk sambal***
15 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 sudu besar kicap manis / petis ( kuah rojak buah
Air sedikit
bawang goreng
garam dan gula , perasa jika suka
*** blend cili kering+bawang besar +bawang putih. tumis sekejap ,masuk Air dan semunya dlm periuk kecuali bawang goreng dan masak hingga mendidih ,dan kacau .tambahkan kicap/ petis dan gula perang + garam dan perasa. dah siap ketepikan .Bawang goreng utk di tabur dlm kulit popia nanti .
Cara-cara
1.campurkan kesemua bahan dalam mangkok adunan
2.gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 20 minit
3.ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper (contoh seterusnya - lihat gambar)- api kecil saja
4.buat dari arah jam
5.mulakan dari tepi dulu
6.kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan
7.setelah rata - bulat >>> biarkan sampai tepung masak sebentar
8.angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan . Boleh disusun berlapis2 (tak lekat)- buat kulit dulu banyak2 sampai habis baru gulung)
9.ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal
10.Letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng
11.lipat macam biasa dan gulung
12.sedia untuk dimakan :)
EEmmm macam enak aje. rasa nak cuba..tapi boleh ke cuka ganti dengan lemon dalm bancuhan tepungnya... my hubby tak boleh makan cuka..
BalasPadam