Assalamulaikum..Dunia masakan sangat luas dan tiada penghujungnya..selagi kita berminat belajar ,mahu beroperasi dan berexperiment yang tiada kenal jemu dan putus asa InsyAllah pasti akan memghasilkan satu masakan sangat sedap dan terbaikkk buat yang tersayang..Aku Bangga dengan Air Tangan ku walaupun ianya tidak seberapa...Tanda kasih sayangku buat My Hubby En.Shamsul Nizam dan anak2 yg teristimewa..Tq juga pada kekawan semua.Salam Sayang dan Sejambak Kemesran dari Aida di SRKM..:))
Ahad, 17 Julai 2011
~~Mini Sardine Puff ~~
~~Mini Sardine Puff ~~ sebenarnya Aida wat ptg smlm utk minim petang sefamily.....Aida gunakan Puff Pastry jenama "KAWAN" memang sedap dan lembut serta rapuh ..klu kat rumah ada stok lagi bagus ..boleh wat bila2 masa utk sarapan pagi atau minum ptg...watnya pun tak susah ....mudah dan cepat...anak2 pasti seronok bawa bekal ke sekolah...Jom Operasi ..Jom Layannnn..Salam sayang dari Aida di SRKM.....:))
Bahan-bahan untuk sardin ( Inti)
1 tin ikan sardin -buangkan sos yg dalam tin
2 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar sedang-dimayang
2 biji bawang putih- tumbuk
1 kentang sedang - kupas kulit dan potong dadu
gula dan garam secukupnya
2 sudu besar air asam jawa atau jus lemon
Minyak utk menumis.
Cara-caranya :)
-Panaskan minyak...tumis bawang merah, putih hingga harum.
-Masukkan cili kisar..tumiskan hingga cili masak..masukkan gula..gaulkan hingga sebati
-Kemudian, masukkan ikan sardin tanpa sos dalam tin ..hancurkan dan gaulkan dengan sebati.
-Masukkan air asam jawa/perahan jus lemon. Dan perasakan dengan gula dan garam. Bila dah masak..angkat sejukkan
Bahan untuk pastri
Bahan Lain: yang ini saya follow CMG punya steps, 1 pack puff pastry jenama"KAWAN" (saiz 4 x 4 inci, ada 10 keping)
1 biji Kuning telur, disapu
UNTUK PUFF SARDINE KELAR-KELAR
:- Ambil 1 keping puff pastry, kerat kepada 4 bahagian sama besar. Ambil 1 bahagian, buat KELARAN seperti dalam gambar. Kemudian ambil 3/4 camca teh inti tuna, letak pada 1 bahagian pastry lagi. Tindihkan pastry yang dikelar tadi.
-Tekan tepi2nya dengan garfu, seperti dalam gambar. Alih ke dalam loyang. Buat selebihnya dengan kaedah yang sama, hingga siap. Sapu kuning telur dan Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20-25 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidang
bersama sos kegemaran, jika suka...
-CATATAN MET GEBU :- Jika oven anda mempunya kipas, boleh "ON" kan semasa membakar pastry puff tadi. Kaedah "hot air circulation" ini akan menambah udara dalam puff pastry menjadikannya lebih tinggi, ringan, garing dan rangup......sumber dari "Martha Stewart".....
Bagus juga wat anak2 yg hendak bawa bekal ke sekolah.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan