Rabu, 20 Julai 2011

~~Kenali Peria katak~~

kekawan kenal tak ni sayur apa ?.....ya betul "Peria Katak"....memang pahit bangetttt...tp banyak khasiatnya tau klu dimakan.....apa khasiatnya tu? ..jom kongsi2 kan.....


Peria katak- khasiat dan kelebihannya

Peria katak atau nama saintifiknya Momordica charanthia memang tidak asing lagi oleh masyarakat Malaysia. Ramai yang tidak suka memakannya kerana rasanya yang pahit. Tapi jika anda bijak memasaknya, rasa pahitnya tidak akan berapa terasa dan ia akan menjadi antara makanan yang amat berkhasiat.


( Pokok Peria Katak :Gambo Ehsan dari Googel)

Peria katak sebenarnya amat kaya dengan vitamin dan zat galian. Adakah anda tahu bahawa untuk setiap 100 gram peria katak , ia mengandungi 8 gram protein (untuk membina tisu badan), 2.9 gram karbohidrat (untuk tenaga), 0.9 gram fiber (untuk penghadaman), 56 gram kalsium (untuk gigi dan tulang) serta vitamin C dan B. Disamping itu juga ia mengandungi 140 gram beta karotena (untuk pengelihatan), 6.1 mg zat besi, 10 mg fosforus dan 116mg kalium. Ketiga-tiga garam galian yang terkandung di dalam peria katak ini amat berguna untuk metabolisme dan mengekalkan fungsi badan.



Khasiat jus dan air rebusan peria katak

Mampu merawat penyakit diabetes - dipercayai dengan menjadikan ulam setiap hari sebanyak 4 ke 5 biji, ia mampu merawat diabetes. Ia juga boleh dibuat jus untuk mendapatkan khasiat yang sama.
Air rebusannya pula dipercayai boleh merawat sembelit.
Air rebusannya juga boleh digunakan untuk merawat rambut. Caranya adalah dengan melumurkan air rebusan peria katak dikepala dan urut kepala selama 10 minit sebelum dibilas bersih.
Air rebusannya juga boleh dijadikan tonik yamg mampu membersihkan darah dan membantu penyakit darah tinggi.
Air rebusannya juga boleh merawat batuk dan ccirit birit.
Ia juga mampu merawat sakit mata.
Air rebusan peria katak yang dicampurkan sedikit dengan jus limau boleh mengatasi ketagihan alkohol. Amalkan meminumnya selama empat ke lima bulan untuk melihat hasilnya.
Khasiat daun peria katak


Peria katak Sangat elok dan bagus dimakan mentah wat sebagai ulam.....lebih berkhasiat... yg pahit itu ubat dan penawar...yg paling mujardb....:))

Boleh merawat penyakit buasir - Caranya adalah mencampurkan perahan daun peria katak kedalam susu dan minum setiap pagi selama sebulan. Akarnya pula hendaklah dihancurkan dan disapukan pada tempat buasir.
Untuk mereka yang terkena demam campak, daun peria katak yang dicampur dengan kunyit hidup dan ditumbuk boleh dijadikan ubat sapu bagi menghilangkan gatal demam campak
Untuk ibu yang menyusukan anak, amalan memakan buah peria katak ini dapat membantu menambahkan pengeluaran susu.( di Adaptasikan dari sumber2 google , blog org2 perseorangan dan rakan2 yg membantu memberi pandangan dlm khasiat peria katak ini tqvm.... dan salam sayang dari Aida di SRKM...)

( Gambor Ehsan dari Google)

Amalkanlah memakan peria katak ini, walaupun pahit, banyak khasiatnya. Selain jus dan air rebusan, berbagai cara hidangan boleh dilakukan untuk menaikkan selera memakannya seperti kerabu, perita goreng bersama telur dan sebagainya.Walaupun peria tidak di minati kerana kepahitannya tetapi ia banyak membawa manfaat kepada orang yang mengemarinya. Rasa pahitnya akan hilang dengan cara merendam di dalam air garam sebelum di masak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan