Assalamulaikum..Dunia masakan sangat luas dan tiada penghujungnya..selagi kita berminat belajar ,mahu beroperasi dan berexperiment yang tiada kenal jemu dan putus asa InsyAllah pasti akan memghasilkan satu masakan sangat sedap dan terbaikkk buat yang tersayang..Aku Bangga dengan Air Tangan ku walaupun ianya tidak seberapa...Tanda kasih sayangku buat My Hubby En.Shamsul Nizam dan anak2 yg teristimewa..Tq juga pada kekawan semua.Salam Sayang dan Sejambak Kemesran dari Aida di SRKM..:))
Ahad, 19 Jun 2011
~~TOFU TELUR DENGAN KUAH PETIS~~
Tofu telor dengan kuah petis....resepi dari kk Roselinda Abdullah dari Singapura.Terima kasih banyak2 .....macam dah jadi pebrettt ..dulu tak pernah ambil tahu pasal benda ni .sekarang My hubby selalu beli dan menjadi makan kesukaan keluarga aida ..Jom tengok resepinya w/p watnya agak cerewet tapi ianya sangat sedappp..
Bahan-bahanya:
2 biji telur
2 batang tauhu telur (egg tofu)
1 batang lobak merah+ timun jika suka( di pasak kasar-kasar)
1/4 sudu teh jintan manis serbuk
daun saderi ( sup) dan daun bawang - secukupnya
garam n serbuk lada putih secukupnya.
caranya:
- campurkan telur dgn garam, jintan manis dan lada putih- kacau dgn gerpu saja...
-cincang tauhu kasar2 dan kemudian masukan ke dalan campuran telur tadi.
-Panaskan acuan dalam minyak di dlm kuali - jika tak ada acuan boleh guna tin susu tebuk kedua2 tutupnya...pesanan dari kk rose.
-Apabila minyak sudah panas masukan secukupnya adunan tauhu ke dalam acuan tersebut.
- sambil goreng, siram2kan minyak ke dalam acuan tersebut supaya tauhu masak keseluruhannya.klu kita terbalikkan tauhu tu tak pecah maknanya ia dah masak.
Bahan utk wat sos:)
10 biji lada cili padi , 5 tangkai lada merah ,1/2 botol petis , 5 ulas bawang utih dan gula secukup rasa.
- satukan semua lada dan bawang putih kemudian kisar hingga halus campurkan lada yg dikisar dgn gula dan petis, kemudian masak hingga memdidih.Hiaskan tauhu telur ini dengan citrasa ada sendiri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan