Assalamulaikum..Dunia masakan sangat luas dan tiada penghujungnya..selagi kita berminat belajar ,mahu beroperasi dan berexperiment yang tiada kenal jemu dan putus asa InsyAllah pasti akan memghasilkan satu masakan sangat sedap dan terbaikkk buat yang tersayang..Aku Bangga dengan Air Tangan ku walaupun ianya tidak seberapa...Tanda kasih sayangku buat My Hubby En.Shamsul Nizam dan anak2 yg teristimewa..Tq juga pada kekawan semua.Salam Sayang dan Sejambak Kemesran dari Aida di SRKM..:))
Ahad, 19 Jun 2011
Khamsi 22 september 2011 ~~DAGING GERANG ASAM ~~
"Daging Gerang Asam "Menu hidangan Aida untuk tengah ari ini . ..Antara Lauk paling digemar di Melaka selepas Asam Pedas Melaka....pada sapa2 yg pernah menikmatinya pasti tidak akan lupa akan keenaknya...lebih sedap di makan dgn nasi putih hangat ,sambal belacan ..ulam2.. dan ikan kering wallah sungguh enakkkkkk.....JoM SEMAK RESEPI...JOM MASAK DAN JOM LAYANNN..salam sayang dari Aida di SRKM...
Bahanya:
1kg daging lembu klu + ototnya ( urat) lagi sedap bukan tetel ya.. di rebus hingga empuk dan dikerat-kerat kecil- air rebusan jgn di buang..
Sesenduk lada kisar
1/2 sudu jintan - di goreng tanpa minyak dan di tumbuk/kisar
1/2 sudu ketumbar -di goreng tanpa minyak dan di tumbuk/kisar
1/2 sudu halba + biji sawi
1* labu bawang besar ,
3 *ulas bawang putih,
2 *batang serai ,
2 inci* halia dan lengkuas*-klu dapat semuanya di bakar kemudian di kisar lagi sedap....
1 keping asam keping / air asam pun boleh secukupnya
minyak utk menumis.
air secukupnya
daun limau purut
serbuk perasa dan garam secukupya
2 sudu kerisik- agak2 kuah pekat dan cukup rasa lemaknya ...
caranya:
- Tumiskan jintan,ketumbar, halba dan bij sawi sehingga naik bau. kemudian masuk bahan yg di kisar dan lada kisar ..tumis hingga garing dan naik wangi
.- Bila dah garing masukk air rebusan daging, dan masukan daging yg telah direbus tadi ,dan tambah air rebusan daging secukupnya..
- Perasakan dgn garam ,asam keping dan serbuk perasa jika suka.masak sehingga mendidih. last sekali masukan keresik dan daun limau purut. rasalah secukup rasa...Dah siap... Daging Gerang ASam.... makan dgn nasi putih...
Selamat Mencuba...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan